suria

Puas tidur akhirnya KJ mula tugas sebagai penyampai Hot FM, tak sangka pandai melawak

Penampilan KJ hiburkan pendengar.

MEMULAKAN tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM untuk segmen Bekpes Hot pada pagi Rabu, bekas Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ mencuri tumpuan ramai.

Bersetuju menerima tawaran menyertai stesen berkenaan, KJ berkata ini merupakan peluang baginya untuk berkomunikasi dan mendekati orang ramai dengan cara lebih santai.

“Saya pun masih bercita-cita dalam politik. Tak nak orang lupa saya.

kj 2

KJ santai melayan pemanggil.

“Jadi kita boleh bincang dan bergurau setiap pagi,” katanya di awal memulakn tugas.

Sepanjang empat jam bersiaran, KJ juga dilihat tidak kekok untuk berbual dengan pendengar.

Malah dia juga dilihat pandai bergurau dan terhibur apabila disakat oleh rakan penyampai iaitu AG dan Johan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Eh! Saya tak ada kerjalah” - Khairy Jamaluddin terima ‘offer’ jadi DJ Hot FM, kendali segmen Bekpes Hot

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT

Katanya tugas baru ini juga mengubah rutin harian pagi selepas tidak memegang jawatan di Parlimen.

“Sekarang pagi saya dengan Hot FM. Selalunya lepas berbasikal sambung tidur.

“Dah lama tak rehat, terpaksa direhatkan. Jadi rehatlah.

Sekarang pagi saya dengan Hot FM. Selalunya lepas berbasikal sambung tidur

KHAIRY JAMALUDDIN

PENYAMPAI RADIO

“Cakap sahaja kalah (bertanding Pilihan Raya Umum). Tak perlu berlapik,” balas KJ apabila AG bercerita mengenai perjalanan politiknya.

Sementara itu, menerusi segmen bersama pemanggil isu sukan antara yang menjadi perhatian kerana dia juga sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan.

“Saya ini memang suka bersukan seperti jogging dan berbasikal. Sekarang hobi baru sukan orang tua... golf,” katanya.

Menerusi ruangan komen di Instagram Hot FM, ramai peminat yang memuji penampilan pertama KJ sebagai penyampai radio.

kj 3

Nama KJ diumumkan sebagai penyampai baharu Hot FM minggu lalu.

“KJ punya pasal, teruja hari ini dan seterusnya.

“Nampak serius tapi lawak.

“Kelakar rupanya KJ. Lawak serius pun kelakar,” komen netizen.

Pada 9 Februari lalu, KJ mengesahkan bakal menyertai Hot FM selepas surat terbuka dibuat di laman Instagram untuk terbabit sebagai salah seorang ahli baharu segmen pagi stesen berkenaan.

Segmen Bekpes Hot yang bersiaran dari pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat turut dikendalikan oleh AG, Johan dan Fara Fauzana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain