suria

Pelanggan mengadu makanan tak sedap, pelayan pula lebihkan artis... Danial Zaini mahu tebus silap pelawa datang semula restoran

Danial profesional menjawab aduan pelanggan di Twitter.

PELAWAK dan pengacara Danial Zaini tampil membuat permohonan maaf selepas menerima teguran oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan diterima semasa mengunjungi restoran Paku & Pontianak 2, baru-baru ini.

Memandang serius aduan diterima, Danial, 30, berkata pihaknya berjanji untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan kualiti makanan di restoran miliknya itu.

Menurut Danial, isu makanan lewat dihidangkan kepada pelanggan berlaku disebabkan restoran menerima dua tempahan majlis tertutup.

danial zaini 2

Antara aduan yang ditulis oleh Zizan.

"Pertama sekali kami minta maaf atas kelewatan dalam menyediakan makanan untuk pihak tuan. Pada hari kejadian kami mempunyai dua acara hari jadi yang berjalan serentak. Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa.

"Sepanjang majlis berlangsung, kami telah menyediakan tiga staf untuk melayan setiap tetamu di bilik VIP, dua untuk menjalankan servis dan satu sedia sebagai back-up yang berada di luar demi menjaga privasi," jelasnya.

Danial menjawab reviu pelanggan itu menerusi laman Twitter pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang generasi muda membesar jadi kurang ajar, Danial Zaini minta influencer fikir sebelum buat ‘content’ bodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik mendadak selepas kahwin, Danial Zaini terpaksa diet lupakan ‘nasi kandar, kari’

Sebelum ini, seorang pelanggan dikenali sebagai Zizan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan diterima semasa meraikan sambutan ulang tahun rakannya.

Antara yang dibangkitkan ialah isu makanan dihidangkan telah sejuk akibat lewat dihantar ke meja pelanggan sehingga terpaksa menunggu lebih dua jam.

Bukan itu sahaja, Zizan juga mendakwa terdapat perbezaan layanan apabila ada satu majlis berbeza melibatkan seorang artis turut diadakan dalam waktu yang sama.

Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa

DANIAL ZAINI

PELAWAK/PENGACARA

Dia juga menyebut tentang kualiti makanan yang mana daripada sudut selera peribadinya kurang memuaskan.

"Dalam masa yang sama ada function birthday artis di tingkat bawah restoran, kami di tingkat atas belah atas. Tapi artis makan bufet. Kami ala-carte.

"Mereka nampak lebih-lebihkan artis daripada kami. Kami pun bayar kot. Entah-entah artis makan percuma," tulisnya.

danial zaini 3

Danial sedia terima kunjungan semula pelanggan yang membuat aduan.

Dalam pada itu, Danial turut menjawab keluhan pelanggan mengenai isu ruangan parkir terhad di restoran miliknya yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu.

"Berkenaan dengan isu parking, pihak kami memang menyediakan parking khas untuk para tetamu tetapi pada malam tersebut parking telah pun penuh dan dua parking yang ada telah di reserve sebelum hari majlis berlangsung," ujarnya.

Mahu menebus kesilapan, Danial terbuka hati untuk menjemput semula pelanggan berkenaan ke restorannya itu.

"Secara peribadi,dengan berbesar hati saya ingin mempelawa pihak tuan untuk datang kembali ke restoran saya dan memberi peluang kepada kami untuk menebus semua kesalahan kami kepada pihak tuan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain