suria

Atlet bola keranjang Hong Kong tambat hati Yazmin Aziz, sedia kahwin selepas tamat belajar

Yazmin yakin Austin adalah lelaki terbaik untuknya.

SELEPAS percintaan dengan seorang pemain bola sepak terkandas sebelum ini, penyanyi Yazmin Aziz sudah bertemu pengganti bagi mengisi kekosongan hati.

Tanpa berselindung, Yazmin, 22, berkata, dia kini sedang diulit bahagia bersama atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.

Berkongsi detik pertemuan mereka sekitar Januari lalu, Yazmin berkata, semuanya berlaku dengan pantas namun usaha Austin, 26, yang cuba mendekatinya membuatkan dia menerima jejaka berkenaan sebagai teman lelaki.

“Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan tersebut.

yazmin 2

Yazmin sedia berkahwin di usia muda.

“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” katanya kepada mStar.

Tambah bekas peserta Big Stage 2022 ini, keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin lelaki tersebut adalah yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz ucap ‘selamat tinggal’ pada nasi dan gula, rahsia turun 8 kilogram tak sampai sebulan!

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia bercinta dengan pemain bola sepak dari Brazil, Yazmin Aziz disangka wanita Latin

Meskipun menjalani hubungan jarak jauh, ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka sentiasa berhubung dan sudah menetapkan perancangan jadual untuk berjumpa setiap bulan.

“Dari dulu lagi saya sentiasa tetapkan dalam fikiran kalau bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.

"Austin seorang lelaki yang berbeza dan saya rasa tenang dengannya. Apa yang dia mahu selari dengan pendirian saya.

“Secara peribadi saya sedia untuk berkahwin. Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.

Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

“Walaupun kami ini LDR (long distance relationship), tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Dia selalu update melalui mesej dan telefon. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau di datang ke sini,” ujar.

Sementara itu mengulas tentang hubungannya sebelum ini, menurut Yazmin perbezaan budaya antara faktor yang membuatkan mereka memilih jalan berpisah.

Yazmin yang bercinta dengan Nixon Guylherme pada Julai 2022 bagaimanapun mengambil jalan perpisahan tiga bulan kemudian.

“Dengan dia (Nixon) saya rasa memang tidak sepadan. Banyak perbezaan antara kami seperti budaya. Bahasa juga menjadi salah satu faktor hubungan kami tidak menjadi,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain