suria

Ramai sangka isteri Aliff Syukri sudah mahu bersalin, rupanya masuk wad sebab jangkitan paru-paru

Datin Shahidah dimasukkan hospital kerana jangkitan kuman.

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Shahidah, 38, yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu sudah tiga hari dia menerima rawatan di hospital selepas berasa tidak sihat apatah lagi ketika ini dia sedang hamil anak keenam.

"Ramai tanya saya dah sampai masa bersalin ke? Belum lagi... Saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital. Ada jangkitan paru-paru," katanya.

Datin Shahidah sudah tiga hari dirawat di hospital.

Shahidah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaanya terbaring di katil hospital sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Shahidah yang sedang hamil lapan bulan memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya.

"Doakan saya dah bayi sihat, ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengah sibuk buat live tiba-tiba menjerit sakit” - Aliff Syukri cemas isteri hamil 4 bulan alami pendarahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok isteri sakit mengandung, Aliff Syukri batal hasrat miliki 10 anak... “Saya cuba pujuk lagi”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mendoakan kesembuhannya dan berharap semua urusan Shahidah dipermudahkan.

"Harap datin diberikan kekuatan mengahadapi ujianNya. Semoga datin kembali sihat dan segalanya dipermudahkan," antara komen netizen.

Untuk rekod, Aliff dan Shahidah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain