suria

Doktor kesan kelainan pada urat jantung Jasmin Hamid, berita baiknya sudah tidak lagi tersumbat

Jasmin Hamid gembira jantung tiada masalah tersumbat.

PELAKON Jasmin Hamid memaklumkan bakal menjalani proses pengimejan resonans magnet (MRI) selepas doktor mengesan terdapat kelainan pada bahagian urat jantungnya.

Jasmin, 51, berkata, keadaan itu jarang-jarang berlaku kepada pesakit jantung dan MRI perlu dilakukan bagi mengesan sebab sebenar masalah tersebut.

Pun begitu kata Jasmin, secara keseluruhan jantungnya berada dalam keadaan baik selepas menjalani prosedur angiogram di Hospital Serdang, Selangor pada Jumaat lalu.

Jasmin maklumkan akan jalani ujian MRI pula.

“Syukur Alhamdulillah berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mentua, keluarga, sahabat handai dan penyokong-penyokong yang sayangkan saya, doktor memaklumkan saya bebas sumbatan. Ini adalah berita baik yang saya terima.

“Berita buruk pula, saya harus menjalani ujian MRI kerana doktor mendapati urat jantung saya agak pelik sedikit berbanding biasa... Agak jarang kes sebegini katanya,” katanya.

Jasmin berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaannya di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid melawat bekas suami masuk ICU akibat serangan jantung, masih berkawan baik walau sudah berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Masih dalam fasa berjaga-jaga, Jasmin Hamid jalani rawatan jantung Februari tahun depan

Dalam pada itu, Jasmin berterima kasih kepada individu yang terlibat sekali gus memudahkan urusannya sepanjang berada di hospital.

Kata Jasmin, sejak mengalami masalah jantung, dia didatangi pelbagai insan berhati mulia demi memastikan masalah kesihatan dihadapi kembali pulih.

"Apapun setinggi terima kasih kepada Datuk Dr Sarji dan Datuk Dr Asri yang lakukan prosedur angiogram saya dan juga layanan yang sangat baik pada saya.

Jasmin dan suaminya, iaitu Nazmir Abdul Rahim .

“Tidak di lupakan semua frontliners yang melayan saya dan pesakit-pesakit seangkatan saya hari ini dengan begitu baik sekali.

"Allah hantarkan orang yang baik-baik untuk bantu dan berada di sekeliling saya serta doa kalian diangkat untuk permudahkan urusan operation saya," luahnya.

Sebelum ini, Jasmin pernah dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung pada penghujung Mei tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain