PELAKON Anzalna Nasir sememangnya terkenal dengan sikap pemurah malah sering menghulurkan bantuan pada keluarga yang kurang berkemampuan. Terbaharu, pelakon berusia 35 tahun itu mejadi tumpuan ramai apabila membantu seorang bapa tunggal bagi meringankan beban perbelanjaan untuk bayi perempuannya. Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna bersama seorang bapa tunggal dikenali Mohd Azlan Roslan telah membeli belah barang keperluan bayi di sebuah permis di percayai di ibu kota. Anzalna kongsi rezeki bersama bapa tunggal. Anzalna berkata dia ingin berkongsi rezeki yang dimiliki itu bersama mereka yang kurang kemampuan selain berjanji akan membawa kelurga lain untuk membeli belah bersamanya kelak. "Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa bapa tunggal bersama anak kesayangan membeli belah di tempat kegemaran Anzalna. "InsyaAllah nanti saya akan bawa lagi keluarga yang bertuah membeli belah di sini. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kata wajah anak kedua Anzalna Nasir mirip presiden Rusia, netizen doa jadi PM Malaysia suatu hari nanti ARTIKEL BERKAITAN: Berkat hari Jumaat, Anzalna selamat bersalin anak kedua Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan sibuk memilih beberapa barang keperluan untuk anaknya yang dikenali sebagai Nur Irdina Sofea. Bukan itu sahaja, anak sulung Anzalna iaitu Mohamad Eidress turut sempat beramah mesra dengan bayi perempuan tersebut. Sementara itu, di akaun TikTok @daddyirdinaoffical pula, Azlan sangat berterima kasih atas keprihatinan aktres berkenaan. Anak sulung Anzalna sempat beramah mesra dengan Irdina. "Anzalna, terima kasih ya bawa kami beli belah," kongsinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Anzalna dimurahkan rezeki selain turut berharap agar urusan bapa tunggal itu dipermudahkan. "Dia seorang ayah yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak perempuannya, semoga murah rezeki Anzalna. "Terpancar riak bahagia dekat wajah dia, abang Eidress pun nampak penyayang sangat," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!