KURANG tempoh 24 jam, pelakon Fasha Sandha berjaya menjejaki pemuda penghantar makanan yang kisahnya tular di media sosial sejak Ahad. Sudah pun mengatur pertemuan pada petang Isnin, kata Fasha pemudah dikenali sebagai Shahril itu menyentuh hatinya sehingga terbuka hati untuk memberikan hadiah kepadanya. Malah kata Fasha, 39, dia sentiasa memandang tinggi terhadap pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan kerana golongan ini banyak membantu rakyat Malaysia ketika negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini akibat pandemik Covid-19. Penghantar makanan sendiri mesej Fasha Sandha. "Mungkin adik itu tidak aktif jadi lambat sikit untuk dia dapat maklumat saya mencarinya. Saya juga minta bantuan abang ipar untuk menjejaki adik tersebut. Akhirnya dia sendiri DM (direct messege) saya. "Saya memang selalu sebak kalau ada cerita viral tentang rider. Mereka ini boleh dianggap sebagai frontline masa tempoh PKP dahulu. Apabila saya membaca kisah dia, saya menangis dan ada juga dalam kalangan follower yang sedih membaca kisah tersebut," katanya kepada mStar. Sebelum itu, Fasha dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Shahril. ARTIKEL BERKAITAN: Rider ‘gentle’ berhenti selepas langgar Vellfire, Fasha Sandha cari nak bagi hadiah - “Kadang-kadang bukan nak suruh bayar, minta maaf sudah memadai” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa ‘body shaming’... Doa dikurniakan anak lelaki Kisah Shahril menjadi tular apabila dia terlibat dalam kemalangan apabila dia melanggar bahagian belakang sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire. Mengaku kesalahan melanggar kenderaan tersebut, Shahril tidak melarikan diri sebaliknya berhenti menemui pemiliknya selain sedia membayar ganti rugi. Bagaimanapun pemilik kereta tersebut memaafkan Shahril dan tidak menuntut sebarang bayaran. Fasha anggap Shahril pemuda contoh. Sementara itu, Fasha bertemu dengan Shahril di sebuah restoran di Ampang, Kuala Lumpur dan menerusi pertemuan tersebut dia turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebagai tanda penghargaan. Tambah Fasha, kisah tular tersebut juga seharusnya dijadikan contoh dan tidak keterlaluan jika Shahril mendapat gelaran 'Pemuda Contoh'. "Selain belanja makan, saya juga berikan sedikit wang tunai sebagai tanda penghargaan buat Shahril. "Tindakannya sebelum ini harus dijadikan contoh. Mana-mana penunggang motosikal sepatutnya berhenti dan mohon maaf jika melanggar kenderaan lain. Tak salah kalau Shahril diberi gelaran pemuda contoh," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!