suria

Pakej umrah ‘harga kayangan’, Neelofa mahu perjalanan lebih selesa... teruja nak bawa Bilal bersama

Pakej umrah yang ditawarkan menyediakan perkhidmatan terbaik buat jemaah.

SELEPAS menerima banyak kritikan kerana terlibat dengan pakej umrah yang menawarkan harga terlalu tinggi sehingga RM35,000, pengacara dan usahawan Neelofa akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.

Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, gambaran ‘pakej kayangan’ seperti yang disebut-sebut itu juga adalah sangat berbaloi dengan perkhidmatan ditawarkan syarikat Omrah Travel Sdn Bhd.

“Susah nak jelaskan satu persatu apabila ada yang mempertikaikan harga terlalu tinggi kecuali jika mereka sendiri dapat merasakan pengalaman dengan pakej tersebut.

neelofa 3

Bilal akan turut sama ke Makkah mengerjakan umrah.

“Malah ada keluarga terdekat yang bercakap perkara sama. Sebab itu dalam perkongsian sebelum ini saya cuba terangkan perkhidmatan tersebut. kalau hendak dibandingkan ada pakej lain dengan perkhidmatan sama menelan belanja lebih RM50,000.

“Saya sudah beberapa kali ke sana dan mengikuti pakej ini. Memang memudahkan dengan jarak antara tempat penginapan dan masjid sangat dekat. Tambahan pula bagi kaum wanita, ia lebih mudah untuk ulang-alik ke masjid,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa hamil lagi? Haris minta peminat doakan

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tak rindu kehidupan glamour, hati kini rasa lapang dan ‘penuh’

Neelofa ditemui di majlis kursus umrah anjuran syarikat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad di mana suaminya juga iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris turut hadir sama.

Mereka sekali lagi akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Khamis ini bersama-sama 50 orang jemaah lain yang telah berdaftar.

Susah nak jelaskan satu persatu apabila ada yang mempertikaikan harga terlalu tinggi kecuali jika mereka sendiri dapat merasakan pengalaman dengan pakej tersebut.

NEELOFA

PENGACARA/USAHAWAN

Lebih membuatkan rasa teruja, ini merupakan umrah pertama Neelofa dan suami membawa anak mereka Muhammad Bilal.

“Mestilah gembira kerana dapat bawa anak bersama. Kami dapat mencipta satu memori bersama keluarga di sana nanti.

“Sebagai ibu saya sudah pastikan Bilal mendapat suntikan vaksin. Sebelum berangkat segala ubat-ubatan untuk anak sudah disiapkan kerana kita tahu di sana terdedah dengan ramai orang dari pelbagai negara,” ujarnya.

neelofa 1

Tajuddin (kiri) menjelaskan pakej umrah yang ditawarkan sangat berbaloi.

Bercakap tentang penglibatannya dalam pakej berkenaan, Neelofa dan suami akan turut mengadakan sesi majlis perkongsian ilmu bersama jemaah sebagai salah satu aktiviti pengisian di sana.

“Saya ini tidaklah banyak ilmu, tetapi bolehlah berkongsi serba-sedikit. Majlis ilmu tersebut akan di adakan di sana sebagai satu pengisian pakej umrah kami,” jelasnya.

Sementara itu menurut Pengerusi Eksekutif Omrah Travel iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Idris, pihaknya juga merancang untuk membuka tawaran pakej VVIP berharga RM200,000 di mana perkhidmatan yang ditawarkan lebih eksklusif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain