suria

Hafidz Roshdi kongsi foto pegang tangan disindir netizen... gambar isteri atau orang lain?

Gambar yang dimuat naik Hafidz beri gambaran dia dan isteri masih bahagia.

KETIKA rumah tangga Hafidz Roshdi sedang hangat diperkatakan, pelakon itu memuat naik gambar sedang menggengam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada malam Ahad.

Foto berkenaan seolah-olah memberi gambaran hubungannya dengan Nurul Shuhada sudah kembali jernih selepas wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka tampil memohon maaf kepada isterinya dan anak-anak mereka.

Hafidz dipercayai pulang ke kampung halaman isterinya di Kangar, Perlis bagi bertemu Nurul Shuhada.

IMG_2647

Kemelut antara Hafidz, isteri dan wanita bernama Athira heboh diperkatakan minggu ini.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut memohon agar orang ramai mendoakan hubungan mereka akan terus kekal selamanya.

"Alhamdulillah... terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga," tulisnya pada bahagian kapsyen foto tersebut.

Apa menarik perhatian, Hafidz menyertakan lagu nyanyian Anita Sarawak iaitu Selamat Pengantin Baru pada hantaran berkenaan yang seolah-olah ini merupakan permulaan baharu buat mereka berdua selepas perkahwinan mereka diuji dengan kontroversi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah lama ada hubungan takkan tiada rasa bersalah?” - Isteri Hafidz Roshid terus buat pendedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah Hafidz Roshid berhubung sejak 9 tahun lalu, mengaku bodoh ganggu rumah tangga orang

Sementara itu, menerusi ruangan komen terdapat segelintir netizen yang menyindir Hafidz sama ada gambar tangan dimuat naik itu benar-benar milik Nurul Shuhada.

"Seram pula. Jangan-jangan tangan orang lain.

"Ini gambar bila, bro? Sembilan tahun lepas atau masa Januari 2023?

Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

"Betul ke tu? Sembilan tahun kot menyakiti hati isteri, bukan waktu yang sekejap. Semoga tak berulang lagi," komen netizen.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan apabila isterinya sendiri mendedahkan suaminya itu pernah ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula nama wanita bernama Athira Yuhada yang secara terangan mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

HAFIDZ 33

Shuhada dalam satu perkongsian menerima permohonan maaf Athira.

Athira bagaimanapun dalam satu perkongsian mengaku kesilapan tersebut dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana telah mengganggu kebahagiaan rumah tangganya bersama Hafidz.

Nurul Shuhada pula menerusi respon kepada kenyataan Athira memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Sementara itu Hafidz pula dilihat tenang berdepan dengan situasi ini malah pernah menyindir netizen yang banyak memberi komen di ruangan media sosial miliknya.

Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, Hafidz menafikan segala dakwaan mengatakan dia bersikap curang terhadap isterinya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain