suria

Pelakon Arnie Shasha tak guna kabel ibu bintangi ‘Harum Malam’, tetap kena uji bakat

Arnie sedia hadapi cabaran dunia seni.

PELAKON muda Arnie Shasha menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya dia melalui jalan mudah apabila diberi tawaran sebagai salah satu watak utama dalam filem pertama lakonannya berjudul Harum Maram.

Meskipun filem tersebut merupakan kerjasama terbitan D'Ayu Pictures iaitu produksi milik ibunya sendiri, Arnie, 18, memberitahu dia tetap perlu jalani sesi ujibakat seperti mana pelakon lain.

"Saya tidak ambil jalan mudah. Saya juga pergi casting. Malah sebelum ke sesi ujibakat itu saya ambil kelas lakonan sebagai persediaan bergelar pelakon.

arnie 3

Arnie juga tidak mahu meninggalkan bidang sukan.

"Saya ini seorang yang introvert, jadi bukan mudah untuk berlakon. Kalau ada yang kata saya gunakan ibu untuk berlakon, itu memang salah," katanya kepada mStar.

Ternyata percubaan pertama Ernie membawakan watak Ah Boy dalam filem arahan Dain Said itu berbaloi apabila dia mendapat pujian pengarah serta barisan pelakon senior yang lain seperti Remy Ishak dan Bront Palarae.

Tambah Arnie, berlakon di bawah arahan Dain juga merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya sebagai orang baharu yang mula berjinak-jinak dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Dain Said terkejut lihat aksi pelakon muda, rupanya ramai berbakat... Sengaja bawa kelainan dalam filem ‘Harum Malam’

ARTIKEL BERKAITAN: Berlakon siri Netflix buka peluang buat Idan Aedan, 2 tawaran produksi Indonesia dan Australia dalam genggaman

Malah Arnie tidak menolak untuk terus serius menerima tawaran berlakon meskipun sekarang ini fokusnya lebih tertumpu ke bidang sukan sebagai persediaan untuk layak ke Sukan SEA akan datang.

"Sekarang ini saya fokus untuk layak ke Sukan SEA dulu. Memang sejak umur 10 tahun saya sudah terlibat dengan sukan taekwondo.

"Kalau diberi pilihan antara sukan dan berlakon, saya utamakan sukan dahulu. Namun jika lebih banyak tawaran selepas ini saya tidak menolak untuk cuba.

Ibu juga sentiasa pesan untuk buat yang saya suka. Dia banyak ingatkan supaya tidak sombong apabila sudah mula masuk ke dunia lakonan

ARNIE SHASHA

PELAKON

"Saya bersyukur filem pertama ini mendapat pujian pengarah. Saya selesa berlakon dan berada di lokasi. Bagaimanapun ada juga rasa takut nak melihat respon penonton.

Dalam masa sama Arnie sedar langkah dalam dunia seni ini pasti akan diiringi oleh pelbagai cerita sensasi termasuk perhatian peminat yang sentiasa mahu tahu kisah peribadinya.

Enggan terlalu serius memikirkan hal tersebut, Arnie sentiasa berpegang kepada nasihat ibunya supaya tidak meninggi diri dan tahu bahawa dunia lakonan bukan semata-mata mengejar populariti.

arnie 1

Lakonan pertama Arnie mendapat pujian.

"Saya masih awal dalam industri, belum ada kontroversi lagi. Jadi saya pun tak tahu bagaimana hendak berhadap dengan cerita panas. Apa pun yang orang mahu cakap terpulang kepada mereka. Saya tidak mahu terlalu fikir perkara itu.

"Ibu juga sentiasa pesan untuk buat yang saya suka. Dia banyak ingatkan supaya tidak sombong apabila sudah mula masuk ke dunia lakonan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain