suria

Ibnor Riza ditidurkan di ICU, tiba-tiba pengsan di rumah selepas beberapa hari keluar hospital

Ibnor sekali lagi dimasukkan ke hospital selepas pengsan dan sawan di rumah.

PENYANYI Ibnor Riza dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di rumahnya pada awal pagi Ahad.

Berkongsi berita berkenaan, penyanyi Nizam Laksamana memaklumkan, Ibnor turut ditidurkan sementara doktor mencari punca penyanyi itu pengsan selain mengesan masalah lain yang berlaku kepadanya.

"Isteri Ibnor telefon saya dan maklumkan dia pengsan. Ketika dalam perjalanan menaiki ambulans dia sedar namun kembali tidak sedarkan diri.

ibnor 2

Ibnor sebelum ini menerima rawatan di HKL akibat masalah vocal chord palsy.

"Saya dapat maklumat Ibnor juga ditidurkan di ICU... doktor pun masih mencari punca dia pengsan dan diserang sawan," katanya ketika dihubungi mStar.

Nizam berkata meskipun belum mendapat laporan penuh keadaan sebenar sahabatnya itu, namun berdasarkan rawatan awal mendapati ia ada kaitan dengan saraf yang membengkak pada bahagian leher Ibnor sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu dia sempat berbual dengan Ibnor pada Sabtu apabila penyanyi itu memaklumkan dia baharu sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza alami masalah ‘vocal chord palsy’, sukar bercakap dan leher membengkak

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut, tidak boleh menyanyi... Ibnor Riza alami tekanan tiba-tiba diserang pelbagai penyakit kronik

"Saya pun tak pasti apa yang menyebabkan dia pengsan namun apa yang diberitahu ia berkemungkinan berpunca daripad saraf yang membengkak di lehernya. Disebabkan itu ia mengganggu aliran oksigen ke otak dan juga jantung.

"Semalam (Sabtu) saya baru sahaja bercakap dengannya melalui panggilan video. Ketika dia dimasukkan ke HKL pun saya ada pergi melawat," ujarnya.

Saya memang sering berhubung dengannya. Ada ketika dia okey, dan ada masanya dia sangat lemah

NIZAM LAKSAMANA

PENYANYI

Ibnor sebelum ini dilaporkan secara tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, migrain, darah tinggi dan buasir.

Dia mula mendapat tahu tentang penyakit itu selepas melakukan pemeriksaan berkaitan masalah bengkak pada leher.

Ibnor juga pernah dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi membuang nanah pada bahagian tersebut namun terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan paras gula dalam darahnya yang tinggi.

ibnor 3

Nizam (kiri) turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan Ibnor.

Menurut Nizam keadaan kesihatan penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu juga tidak menentu sejak dia mendapat tahu tentang penyakitnya.

"Saya memang sering berhubung dengannya. Ada ketika dia okey, dan ada masanya dia sangat lemah," ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain