suria

Telefon bimbit Rozita Che Wan hilang di London, penyeluk saku ‘buat kerja’ semasa sedang shopping baju

Che Ta tak sangka menjadi mangsa penyeluk saku di London.

PELAKON Rozita Che Wan terpaksa berputih mata apabila telefon bimbit miliknya hilang dicuri ketika sedang bercuti di Kota London pada awal Februari lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, berkata dia tidak menyangka kejadian tersebut menimpa dirinya walaupun telah berhati-hati menjaga barang peribadi semasa berada di tempat awam.

"Saya paling tak suka hilang telefon kerana segala perkara berkaitan urusan kerja tersimpan di situ.

329015689_845576736542665_8765012214846888261_n

Che Ta hilang telefon bimbit di Kota London.

"Telefon bagi saya macam diari bergerak kerana saya simpan semua termasuk jadual penggambaran, tarikh mesyuarat, perjanjian segala komitmen dan sebagainya," katanya.

Pelakon berusia 49 tahun itu turut memberitahu bahawa dia telah berjaga-jaga dengan kehadiran geng penyeluk saku memandangkan ramai yang pernah menjadi mangsa, namun kali ini nasib tidak menyebelahi dirinya.

"Saya dah berjaga-jaga dengan penyeluk saku sebelum ke Eropah kerana ramai dah pesan tapi dalam berhati-hati tetap juga terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaisyah Dhia Rana dijangkiti Covid-19 pada hari jadi ke-8, Rozita Che Wan janji sambutan meriah selepas sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tunai janji, lapan biji kek simbolik sambutan hari jadi Aaisyah

"Selama 10 hari juga, saya hidup tanpa telefon di tangan," katanya lagi.

Berkongsi tentang pengalaman tersebut, Che Ta memberitahu semasa kejadian dia bersama rakannya sedang sibuk membeli belah di sebuah butik di London.

"Saya letak telefon saya dalam poket baju berzip sambil melihat koleksi pakaian yang ada pada butik.

Bila buat aduan dekat pihak sekuriti mereka beritahu memang kejadian seperti ini kerap berlaku.

ROZITA CHE WAN

PELAKON

"Semasa saya nak ambil gambar baju di dalam butik tersebut baru saya sedar telefon saya dah tak ada. Dah cari di semua tempat dalam butik itu memang tak ada.

"Bila buat aduan dekat pihak sekuriti mereka beritahu memang kejadian seperti ini kerap berlaku. Mereka juga tunjuk muka-muka penyeluk saku," katanya.

Tambah Che Ta, tindakan geng penyeluk saku itu sangat profesional sehingga dia juga tidak menyedari perkara itu.

330437139_138906165736021_4037495318041723332_n

Che Ta reda nasib tak menyebelahi dirinya.

"Cara mereka memang profesional. Mereka pura-pura macam nak beli baju dan kepung kita tapi ada yang tali begnya dipotong tanpa disedari. Pendek kata memang hari-hari ada saja mangsa penyeluk saku," kongsinya.

Sebelum itu, menerusi Instagram pelakon drama Jesnita ini memaklumkan mengenai kehilangan telefon bimbitnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain