suria

Bangunan lusuh tak pernah selenggara... Istana Budaya tutup 3 tahun

Majlis Pelancaran Program 2023 Istana Budaya

ISTANA Budaya bakal ditutup selama 36 bulan bagi tujuan penyelenggaran demi keselamatan pengunjung yang datang ke premis berkenaan.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, ini merupakan kali pertama kerja penyelenggaran dilakukan selepas 24 tahun beroperasi.

"Kalau ikut anggaran Kementerian Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan untuk kerja ini adalah tempoh masa diperlukan adalah sekitar tiga tahun iaitu 36 bulan.

IBC_6201

Zubaidah ketika berucap di Majlis Pelancaran Program 2023 Istana Budaya.

"Perkara ini harus dilaksanakan selepas hampir 24 tahun beroperasi dan belum pernah lagi sebarang kerja penyelenggaraan secara menyeluruh dilakukan di bahagian penting Istana Budaya," katanya.

Zubaidah berkongsi mengenai pencapaian itu menerusi Majlis Pelancaran Program 2023 Istana Budaya yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Tambah Zuraidah, penyelenggaran tersebut perlu dilakukan selepas melihat keadaan bangunan Istana Budaya yang agak lusuh dan tidak pernah diselenggara sejak penubuhanya pada tahun 1999.

ARTIKEL BERKAITAN: Istana Budaya catat penjualan tiket acara seni RM6.144 juta sepanjang 2022

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa penat beratur tapi gagal dapat tiket konsert Misha Omar, Istana Budaya mohon maaf

Malah segala makluman mengenai perkembangan penyelenggaran Istana Budaya akan dikongsikan menerusi laman web rasmi mereka.

"Sekiranya ada pengumuman dari pihak Kementerian Kerja Raya. Kalau ikut anggaran pada bulan Jun ini... kami akan maklumkan secara terpeinci penutupan serta perkara lain termasuk perkhidmatan sokongan yang tetap diteruskan boleh diperoleh menerusi laman web rasmi Istana Budaya.

"Penambahbaikan jangka masa panjang ini sangat diperlukan kerana faktor keselamatan pengunjung yang datang," katanya lagi.

Bagaimanapun, Zuraidah memberitahu terdapat enam pementasan yang sempat dilakukan sebelum penutupan Istana Budaya untuk sementara waktu.

IBC_6292

Istana Budaya turut melancarkaan kempen Gerak yang menjelajah di seluruh negara.

"Antaranya adalah Konsert Diraja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, diikuti Konsert Sanam Band, tayangan filem cereka Imam dan pementasan Mak Yong Anak Raja Gondang.

"Namun bulan Jun hanya anggaran masa daripada JKR, jika kerja itu dianjakkan ke bulan seterusnya kita mungkin boleh buka pintu lagi. Bahagian lain masih beroperasi seperti biasa," ujarnya.

Sementara itu, Zuraidah memberitahu bahawa kempen Gerak yang bakal menjelajah ke seluruh negara ini bakal bermula pada pertengahan tahun ini.

"Kempen tersebut akan bermula di Shah Alam, Selangor sebelum bergerak ke satu negeri yang lain," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain