suria

Adik ipar sahkan Hafidz Roshdi lafaz cerai talak satu melalui panggilan telefon

Hafidz melafazkan talak terhadap Shuhada di hadapan keluarga masing-masing.

INDUSTRI hiburan kecoh apabila pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan sudah melafazkan cerai terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada Rabu.

Adik kepada Shuhada yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, ketika dihubungi mStar mengesahkan lafaz cerai itu dibuat menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarga.

Kata Sofia, keputusan untuk berpisah itu dicapai bersama antara kedua-dua belah pihak.

hafidz 2

Hafidz bersama dua orang anaknya.

"Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.

"Hafidz berada di Shah Alam dan kami bersama Shuhada kini di Perlis.

"Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InsyaAllah Shuhada akan failkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti. Kami sedang bercakap dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses," katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi kongsi foto pegang tangan disindir netizen... gambar isteri atau orang lain?

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah lama ada hubungan takkan tiada rasa bersalah?” - Isteri Hafidz Roshid terus buat pendedahan

Sebelum itu, menerusi laporan sebuah portal berita, sumber memberitahu Hafidz sudah melafazkan cerai talak satu terhadap Shuhada di hadapan keluarga.

Shuhada dikatakan bakal memfailkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur pada 1 Mac iaitu pada hari lahirnya.

hafidz 3

Hafidz memilih jalan berpisah dengan Shuhada.

Usaha mStar bagi mendapatkan penjelasan Hafidz bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain