GARA-GARA berkongsi cover nyanyian semula lagu berjudul Tentang Siang Malam dan Romantis dendangan asal Ainina Hasnul dan Teman Lelaki, penyanyi baharu Ki Misri menerima kecaman dan dituduh cuba menciplak karya berkenaan dalam lagu baharunya. Tampil menjelaskan salah faham itu, wakil syarikat rakaman Warner Music iaitu Sabrina menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk meniru lagu berkenaan seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. "Ceritanya Ki Misri pernah cover lagu popular itu dan memuat naik di TikTok... lagu tersebut jadi tular di aplikasi berkenaan, jadi kami kongsi semula cover itu kerana nak memperkenalkan artis kami. Lagu cover Tentang Siang Malam dan Romantis nyanyian Ki Misri dikecam netizen. "Pihak penyanyi lagu tersebut dan juga netizen salah faham dan menganggap kami mencuri dan tiru lagu tersebut sedangkan bukan itu yang berlaku. "Lagu terbaharu Ki Misri memang tak sama dengan lagu itu," katanya kepada mStar. Berkongsi dua klip teaser untuk lagu terbaharu Ki Misri berjudul Rumah Bahagia, Sabrina memberitahu lagu penuh akan dilancarkan pada Jumaat ini. "Lagu Rumah Bahagia yang bakal dilancarkan pada 24 Februari nanti itu tiada kena mengena dengan lagu Tentang Siang Malam dan Romantis. Untuk lagu itu kami sudah mengeluarkan dua kali teaser bagi tujuan promosi. ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman derita kemurungan beri Stacy idea hasilkan ‘Teriak’, mahu beri kesedaran melalui lagu ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu minta tip henti tabiat onani... Wanns Ahmad rupanya sedang promosi lagu "Lagu itu dah siap. Kami dah kongsi dua teaser tapi orang masih lagi kecam di ruangan komen sedangkan mereka belum dengar versi penuh lagi," kongsinya. Sementara itu, Sabrina berkata pihaknya memilih untuk tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung salah faham itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Kami memilih untuk berdiam diri sebab kalau diterangkan pada masa ini pun akan jadi masalah dan mereka tidak akan dengar penerangan kami," jelasnya. Kami sebenarnya tak jangka akan jadi seperti ini, tapi kalau difikirkan ia akan ada kebaikan dan keburukannya. SABRINA Wakil Warner Music "Kami sebenarnya tak jangka akan jadi seperti ini, tapi kalau difikirkan ia akan ada kebaikan dan keburukannya. "Yang mana orang akan mula mencari tahu mengenai Ki Misri tapi buruknya orang mengecam artis kami kerana tidak tahu cerita sebenarnya," kongsinya lagi. Ki Misri muncul dengan lagu baharu berjudul Rumah Bahagia. Menjengah akaun Instagram Warner Music, perkongsian teaser Rumah Bahagia yang dimuat naik pada Rabu mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dan mendakwa lagu terbaharu Ki Misri itu diciplak daripada karya orang lain. "Semoga kena saman! Plagiat tanpa segan silu. "Marketing murahan, nak promosi artis baharu guna lagu sendiri. "Senang buat duit nampak, guna cara lain nak kenalkan artis korang," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!