suria

Doa Farid nak bawa isteri dan anak-anak ke Makkah dimakbulkan, sanggup dukung Che Mad sentuh Kaabah

Farid Kamil gembira lihat anak-anak dan isteri seronok tunaikan umrah.

SELEPAS enam tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pelakon dan pengarah Farid Kamil akhirnya dapat menunaikan umrah bersama isteri iaitu Diana Danielle dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.

Farid, 41, berkata, memang sudah menjadi impiannya untuk membawa keluarganya ke sana dan menganggap salah satu doanya kepada Allah telah dimakbulkan.

"Ini merupakan harapan dan cita-cita saya sewaktu pergi bersendirian pada 2017 iaitu nak bawa isteri dan anak-anak... Alhamdulillah impian itu sudah tercapai.

321549650_873399910474996_259663776169776242_n

Antara kenangan ketika Farid Kamil dan Diana Danielle ketika tunai umrah.

"Apabila Allah SWT menjemput kami sekeluarga ke sana, saya merasakan salah satu doa dimakbulkan," katanya.

Farid berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Farid berkata, dia berasa gembira apabila melihat Diana tekun melakukan ibadah sepanjang di Makkah manakala anak-anak mereka pula teruja melihat Kaabah dengan lebih dekat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anwar tunjuk kesan cedera di badan, parut di kening... Farid Kamil makin berkobar-kobar lakon watak Pengerusi PH

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil terlepas hukuman 9 bulan penjara, hanya denda RM5,000

Kata Farid, Muhammad paling teruja sehingga dia sanggup mengangkat anak lelakinya itu agar tidak melepaskan peluang menyentuh Kaabah.

"Kegembiraan mereka berada di sana terserlah... macam Diana, dia dapat keseronokkan untuk lakukan ibadah, anak saya pun walaupun mereka belum Mumayyiz tapi mereka dapat laksanakan ibadah tersebut.

Dengan kudrat yang ada saya berjaya angkat Muhammad untuk sentuh Kaabah.

FARID KAMIL

PELAKON/PENGARAH

"Muhammad paling teruja apabila melihat Kaabah, buatkan saya rasa nak bawa dia lebih dekat lagi untuk melihatnya. Dengan kudrat yang ada saya berjaya angkat Muhammad untuk sentuh Kaabah.

"Ini pengalaman yang sukar saya luahkan dengan kata-kata. Sebagai seorang beragama Islam hati kita ini milik Allah. Apabila saya berjaya beri penerangan dan mereka hargai perkara itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain