suria

Isteri Hafidz Roshdi hubungi Puteri Sarah minta nasihat masalah rumah tangga

Shuhada minta Puteri Sarah bimbing kemelut rumah tangga.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada pernah menghubunginya semasa dia berada di Tanah Suci, baru-baru ini.

Sarah, 37, berkata Shuhada meminta nasihat daripadanya untuk berdepan dengan masalah rumah tangga yang dialami.

“Sarah berjuang bukan untuk Sarah sahaja, tapi Sarah buat juga untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Sarah bukakan jalan dia orang, itu niat Sarah.

317081746_1815228908839234_7278833105309765815_n

Puteri Sarah kongsi Shuhada pernah minta bimbingan.

“Sarah bukan jalan dia orang supaya mereka tahu apa nak buat termasuk bekas isteri Hafidz Roshdi.

“Masa Sarah di Madinah, dia ada hubungi Sarah untuk tanya macam mana dan minta Sarah beri tunjuk ajar. Tapi Sarah tak nak beritahu la,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu semasa melakukan siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat.

Tambah Sarah, dia juga membantu Shuhada melakukan beberapa langkah seperti membuat laporan polis dan juga ke pejabat agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar sahkan Hafidz Roshdi lafaz cerai talak satu melalui panggilan telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada tidak sedih, tak menangis malah tenang terima talak satu dari Hafidz Roshdi

Malah isteri aktor berusia 29 tahun itu juga turut meminta Sarah agar mendoakan dirinya.

“Dia minta bimbingan daripada Sarah dan dia minta Sarah doakan untuk dia masa Sarah dekat Madinah dan Makkah hari itu. Memang Sarah tolong dia, Sarah bimbing dia langkah demi langkah apa nak buat.

“Laporan polis semua, pergi jabatan agama... Sarah yang bimbing dia,” kongsinya.

Saya kata saya hanya beri bimbingan.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Dalam pada itu, Sarah memberitahu bahawa dia bukannya mahu berkongsi keburukan orang sekali gus berharap agar netizen tidak buruk sangka kepadanya.

“Saya tak cerita apa-apa fasal orang. Saya kata saya bimbing dia, awak yang negatif. Saya tak cerita keburukan siapa. Saya kata saya hanya beri bimbingan.

“Awak jangan nak buat fitnah dekat sini,” luahnya.

324622884_1567209600422924_4988948354117176296_n

Puteri Sarah buka jalan untuk kaum wanita teraniaya.

Sebelum ini, Hafidz dilaporkan menceraikan Nurul Shuhada dengan talak satu menerusi panggilan telefon dihadapan keluarga masing-masing.

Menurut adik kepada Nurul Shuhada iaitu Sofia memberitahu keputusan tersebut diambil atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Nurul Shuhada juga dilaporkan akan memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Mac ini.

DIN03541

Athira (kanan) wanita yang didakwa menjadi orang ketiga Hafidz Roshdi.

Pada 2 Februari lalu, menerusi temu bual bersama mStar, Hafidz menafikan semua dakwaan dilemparkan terhadapnya berhubung isu berlaku curang sebaliknya menjelaskan dia enggan berkongsi kisah isterinya di laman sosial.

Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada yang didakwa sebagai orang ketika dalam rumah tangga mereka.

Athira bagaimanapun tampil memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan mendedahkan Hafidz sudah sembilan tahun cuba mengejarnya selain berjanji tidak akan berhubung dengan lelaki itu lagi.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain