PENYANYI Yonnyboii mendedahkan pernah menghantar direct message (DM) kepada Alyph sebelum bergelar artis rakaman kerana mengagumi bakat dimiliknya. Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, berkata, dia menghantar mesej itu kerana ini meminta tunjuk ajar cara menggubah lagu daripada penyanyi dan komposer berasal dari Singapura itu. "Saya memang dah lama nak berduet dengan Alyph. Salah satu cerita yang orang tidak tahu, saya pernah DM Alyph di Instagram. "Saya hantar mesej itu sebelum saya jadi artis. Saya masih ingat saya tanya kepadanya macam mana nak buat lagu selain minta nak datang ke studionya," katanya kepada mStar. Yonnyboii mengagumi bakat Alyph. Yonnyboii berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu duet mereka berjudul Sengkek yang diadakan pada Khamis. Lagu berkenaan mendapat sentuhan bersama Yonnyboii dan Alyph bersama SonaOne. Dalam pada itu, Alyph mengakui tidak pernah membaca hantaran mesej dikirim Yonnyboii tetapi akhirnya dia sendiri yang menghantar DM kepada penyanyi itu bagi mengucapkan tahniah atas kejayaannya mencipta lagu-lagu yang hebat. ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana kini dikenali sebagai Yana, Hati taruhan pertama bersama Yonnyboii ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 'Swipe' cipta fenomena, Alyph minta pendengar 'Check' diri sendiri "Saya rasa saya tidak membaca mesej yang diberikan Yonny ketika itu. Biasalah kadangkala kita terlepas pandang dengan mesej-mesej yang dikirim oleh orang ramai. "Selepas mendengar lagu-lagu Yonnyboii, saya sendiri menghantar mesej kepadanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan karya lagu terbaik. Saya dah lama memang nak berduet dengan Alyph. Salah satu cerita yang orang tak tahu, saya pernah DM Alyph di Instagram. YONNYBOII PENYANYI "Bila Yonny balas mesej itu, dia kata tolong jangan baca mesej-mesej sebeum ini. Daripada situ baharu saya sedar dia pernah menghantar mesej kepada saya," ujarnya. Dalam pada itu, Alyph turut memberikan pujian kepada Yonnyboii kerana menyifatkan penyanyi itu seorang yang benar-benar tahu apa diinginkannya. "Selepas tahu dia pernah mengirim mesej, saya sangat hormat dengan tindakannya kerana Yonny seorang artis yang penuh dengan semangat. "Lihat sekarang, saya pula yang approach dia di DM untuk ucapkan tahniah dan memuji karya-karya lagu hasil ciptaannya," katanya. Yonnyboii muncul dengan single terbaharu, Sengkek. Mengulas lanjut tentang lagu terbaharu berjudul Sengkek, Yonnyboii mengakui dia pernah melalui zaman tidak berduit dan ia mencetuskan idea untuk berkongsi pengalaman itu menerusi lagu berkenaan. Jelas Yonnyboii, dia mahu mencipta sebuah lagu yang mempunyai kaitan dengan orang ramai malah percaya ramai mempunyai kisah hidup yang penuh liku sebelum mencapai kejayaan. "Saya rasa semua orang pernah melalui situasi ini, dimana saya juga pernah rasa sengkek (pokai). Sebab dia berkaitan dengan ramai orang, kenapa tidak saya tulis sebuah lagu yang orang semua boleh faham. "Saya nak orang rasa apa yang saya pernah rasa dan maka dengan itu terhasil lagu berjudul Sengkek ini," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!