BERMULA dengan sebuah pertunjukkan kecil pada tahun 2017, Soundcicus Weekend kembali dengan acara yang lebih besar buat peminat muzik tanah air. Jika sebelum ini ia menjadi acara sampingan sempena Art of Speed Malaysia (AOSM), kali ini pihak penganjur berani untuk membawakan konsert tersebut secara sendiri kerana mendapat permintaan hangat peminat dalam tahun terdahulu. Menurut Pengarah Festival AOSM, Asep Ahmad Iskandar, acara tahun ini juga sangat istimewa kerana bakal diadakan di tengah ibu kota Kuala Lumpur dan lokasinya cukup dikenali dalam kalangan peminat muzik. Asep (kanan) beri peluang kepada lebih banyak band tempatkan persembahkan karya mereka. "Istimewanya acara SoundCircus Weekender pada tahun ini, selain mengambil tempat di bangunan pawagam lama yang diberi nafas baharu iaitu REXKL, yang berada di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur. "Ia juga diadakan secara ‘stand-alone’ tanpa acara tahunan AOSM yang biasanya diadakan di MAEPS, Serdang," katanya. Ketika awal acara ini diperkenalkan Soundcircus hanyanya sebuah platform kecil buat penggiat muzik terutamanya kumpulan underground mempersembahankan hasil karya mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Rai peminat di Malaysia, Blue adakan konsert sempena ulang tahun ke-20 Februari depan ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Garis Masa Raihan ketengah elemen rock, Amy Search muncul sebagai penyanyi undangan Bagaimanapun sambutan hangat setiap tahun telah membuka ruang buat penganjur untuk mengadakan di tempat yang lebih besar dan pertama kali menerima kehadiran pengunjung seramai 5,000 orang pada 2019. "Menerusi acara ini kami mahu beri peluang kepada lebih banyak band untuk membuat persembahan dengan tempat yang cukup menarik dan sistem bunyi terbaik. Disebabkan tempat kali ini tidak besar, kami sasarkan seramai 1,500 pengunjung pada satu malam. Menerusi acara ini kami mahu beri peluang kepada lebih banyak band untuk membuat persembahan dengan tempat yang cukup menarik dan sistem bunyi terbaik ASEP AHMAD ISKANDAR Pengarah Festival AOSM "Apa yang boleh kami janjikan mereka yang datang pada acara ini akan terpegun bukan sahaja dengan persembahan artis malah turut merasa dapat merasakan satu pengalaman tidak mungkin mereka lupakan," katanya. Lebih menarik lagi pengunjung yang membuat tempahan tiket dibenarkan untuk hadir untuk dua malam acara iaitu pada 4 dan 5 Mac ini. Bunkface dan Noh antara yang akan membuat persembahan. Bukan itu sahaja, pemegang tiket Soundcircus Weekender juga akan dapat menghadiri sebuah acara lain anjuran mereka yang dijadualkan berlangsung pada Julai nanti. Antara kumpulan yang akan membuat persembahan adalah The Sigit dari Indonesia, Mooner (Indonesia), Sweetass, Bunkface, Noh Salleh & Restoe Iboe Band, Iqbal M, Flop Poppy, A.C.A.B, Grey Sky Morning, Naratu dan Budak Nakal Hujung Simpan, Acara ini turut menampilkan Jemson, Margasatwa, Impatient Sisters, Republic of Brickfields, Asyrfnsir, Yonny Boii, Kmy Kmo dan Lucka Sickta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!