suria

[V] Tunggu masa sesuai, Dini Schatzmann bakal kongsi berita besar tentang hubungan dengan Janna Nick

Dini dan Janna bakal kongsi berita baik buat peminat.

SEJAK dilaporkan sudah berpisah, pasangan pelakon Dini Schatzmann dan Janna Nick mengambil langkah mengunci mulut daripada memperkatakan tentang isu yang timbul di antara mereka.

Bagaimanapun kata Dini, 29, ada sesuatu yang bakal dikongsinya kepada umum tentang mereka dalam masa terdekat.

“Sekarang ini memang tiada jawapan untuk sebarang persoalan tentang kami. Saya pun tidak boleh beri sebarang kenyataan. Tetapi ada satu berita besar yang akan kami kongsi dalam masa terdekat.

“Perkara ini adalah perihal peribadi antara saya dan Janna. Jadi tunggu sahaja masanya untuk kami kongsikan,” katanya.

dini 2

Sebelum ini timbul khabar angin kononnya hubungan Dini dan Janna sudah berakhir.

Dini ditemui ketika majlis Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Menepis segala dakwaan kononnya hubungan mereka sebelum ini bermasalah sehingga dikatakan putus cinta, kata Dini sehingga kini dia dan pelakon wanita itu masih berhubung baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat rakam Janna Nick dan Dini Schatzmann di Genting Highlands, doa mereka terus kekal bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak usia 12 tahun Dini Schatzmann jaga penampilan diri, amal diet vegan rahsia kekal sihat

“Kami tidak pernah bergaduh sehingga putus hubungan. Apa pun yang berlaku, kami akan sentiasa menjadikan sesuatu ke arah positif.

“Saya dan Janna tidak pernah bermasalah. Kami sentiasa baik sahaja. Masih ada berlakon sama dan juga di bawah pengurusan sama,” jelasnya.

Kami tidak pernahlah bergaduh sehingga putus hubungan

DINI SCHATZMANN

PELAKON

Sebelum ini timbul cerita kononnya mereka tidak lagi bersama sehingga Janna membawa diri bercuti ke luar negara kerana kecewa.

Malah ketika bertemu media sebelum ini, Dini sendiri enggan diaju soalan berkaitan peribadi terutama tentang hubungan mereka berdua.

Kali ini kata Dini dia lebih terbuka dan berharap peminat dapat bersabar menanti sesuatu yang bakal dikongsikan tidak lama lagi.

dini 3

Dini akui hubungan dia dan Janna masih baik.

Tambah Dini mereka bukan sengaja mahu mengelak untuk bercakap soal peribadi cuma menunggu masa sesuai berkongsi kepada orang ramai.

“Semua perkara ada perancangan dan ikut masa yang sesuai termasuk kisah peribadi. Sekarang bukan masa yang terbaik untuk kami kongsi.

“Ada beberapa perkara yang berlaku membuatkan kami rasa ia belum sesuai untuk diceritakan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain