BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi wanita Asia pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild (SAG) yang berlangsung di Los Angeles pada malam Ahad. Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Keng, 61, membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Peranan Utama menerusi filem lakonanya berjudul Everything Everywhere All At Once. Pelakon kelahiran Ipoh itu berjaya menewaskan Cate Blanchett, Danielle Deadwyler, Viola Davis dan Ane de Armas dalam kategori berkenaan. Michelle berterima kasih atas peluang diberi. Michelle berkata, dia sangat gembira dengan kemenangan tersebut malah berharap agar insan yang bercita-cita sepertinya agar tidak berputus asa untuk berada di tempatnya. Dia juga berterima kasih atas peluang dan tempat yang diberikan kepadanya. "Saya rasa hati saya akan meletup, perjalanan untuk mendapatkan anugerah ini bagai menaiki roller coaster naik dan turun. ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh jadi rakyat Malaysia pertama tercalon Anugerah Oscar, rebut trofi Pelakon Wanita Terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Terbaik! Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang di Anugerah Golden Globe "Tetapi paling penting kita tidak pernah berputus asa. Saya berterima kasih, ini bukan hanya untuk saya tetapi untuk mereka yang kelihatan seperti saya," katanya ketika menerima anugerah tersebut. Untuk info, Anugerah SAG dianggap sebagai satu ramalan yang boleh dipercayai untuk mendapat tempat di Oscar. Lakonan Michelle dalam Everything All At Once telah meriah banyak anugerah malah pelakon berusia 60 tahun itu dianggap mempunyai peluang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar pada 12 Mac nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!