suria

Hafiz Mahamad jaga kebajikan pekerja, rela tak ambil gaji... Pesan staf jangan ‘fake’ tunjuk gembira di media sosial

Hafiz dan Aina pentingkan kebajikan pekerja.

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menegaskan dia merupakan seorang majikan yang sangat mengutamakan kebajikan pekerja.

Mengakui terkejut apabila namanya terpalit sebagai selebriti yang memotong gaji pekerja baru-baru ini, Hafiz memberitahu dia sama sekali tidak pernah mengabaikan tentang perkara itu.

"Alhamdulillah setakat ini saya dengan Aina menjaga kebajikan pekerja, tidak pernah kami abaikan kerana kami ada dua perniagaan iaitu Ainaa Beauty dan Ainaa Clinic.

Nama Aina dan Hafiz juga terpalit sama dengan isu tak bayar pekerja.

"Ainaa Clinic saya tidak pernah lagi ambil gaji, walaupun perniagaannya bagus tapi kami tidak pernah ambil gaji sebagai majikan.

"Kami mahukan perjalanan bisnes yang bagus supaya saya dapat kongsikan bersama mereka walaupun perniagaan baru sahaja dijalankan tidak sampai setahun," katanya kepada mStar.

Hafiz menjawab mengenai perkara itu seleppas selesai anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA) yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous Hafiz Mahamad bayar 70 staf bonus sebulan gaji termasuk sehari cuti

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik... “Kami kerap bagi staf bonus”

Kata Hafiz, meskipun peniagaan yang dijalankan masih lagi baharu namun dia bersyukur apabila mampu memberikan bonus kepada kakitangan yang berkerja keras membangunkan syarikatnya.

Malah, dia juga membawa pekerjanya menunaikan umrah pada Januari lalu.

"Kita mampu beri bonus sebulan gaji kepada pekerja walaupun peniagaan baharu Alhamdulillah kami mampu.

Saya rasa setakat ini kebajikan pekerja saya terjaga.

HAFIZ MAHAMAD

USAHAWAN/PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Macam perniagaan satu lagi, Alhamdulillah kami mampu beri tiga bulan bonus, hantar umrah dan saya rasa setakat ini kebajikan pekerja saya terjaga," katanya lagi.

Menurut Hafiz, di media sosial keseronokan sememangnya boleh disembunyikan namun kenyataan sebenar akan dirasai oleh mereka yang berkerja.

Justeru dia sering kali berpesan kepada kakitangannya agar tidak memalsukan kegembiraan sekiranya bahagia.

"Untuk isu melibatkan kebajikan pekerja ini semakin banyak, orang kata di sosial media semuanya indah tapi sebaliknya di dalam itu banyak perkara yang disembunyikan.

Hafiz merangkul trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA).

"Itu yang saya selalu pesan pada pasukan saya kita jangan jadi fake, kalau gembira tunjuk kebahagiaan itu," kongsinya.

Sebelum itu, Hafiz merangkul trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA).

Terharu dengan kemenangan berkenaan, Hafiz berbesar hati memberi sehari cuti dan sebulan bonus kepada kakitangannya yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain