suria

Kes Awal Ashaari rosakkan pagar rumah ditunda April depan

Keputusan representasi Awal Ashaari disebutan semula pada 18 April 2023

SUSULAN pertuduhan terhadap pengacara Awal Ashaari membabitkan perbuatan khianat dengan merosakan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan tahun lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya Selangor menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 April depan.

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata dia tetap menanti dengan sabar sehingga mendapat kata putus berkenaan tuduhan terhadap dirinya itu.

"Saya datang hari ini dengan harapan dapat keputusan, tapi tidak. Pihak mahkamah memberikan tarikh baharu untuk sebutan dan perbicaraan.

332907073_213088794555162_9055347052643925889_n

Awal Ashaari tunggu keputusan mahkamah.

"Sekarang ini saya hanya boleh menanti dengan sabar," katanya kepada Harian Metro.

Pada 16 Mei tahun lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, Selangor.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari didakwa lakukan khianat, rosakkan palang pagar perumahan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tak bayar yuran selenggara punca Awal Ashaari dihalang masuk rumah... Mengaku alih palang ‘gate’ guna tangan, tapi bukan langgar harta awam

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu peguam bela pengacara berkenaan, Datuk M Reza Hassan memberitahu pihaknya perlu mengemukakan semula representasi kepada pihak pendakwaan.

"Kes ini sudah diambil alih oleh Timbalan Pendakwa Raya baru, jadi beliau tiada maklumat berkenaan representasi yang kita hantar pada 17 November lalu.

1958157

Awal Ashaari mengaku tidak bersalah tuduhan rosakkan palang.

"Jadi pihak pendakwaan minta kita kemukakan semula representasi berkenaan untuk diteliti semula.

"Malah pihak mahkamah memberikan tarikh sebutan semula bagi mendengar keputusan representasi itu dan tarikh perbicaraan pada 15 Ogos," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain