suria

Ibnor Riza mohon doa, komplikasi penyakit boleh menyebabkan pengsan, jantung berhenti bila-bila masa

Ibnor sudah dua bulan berulang-alik ke hospital.

KOMPLIKASI penyakit kronik yang dihidapi oleh penyanyi Ibnor Riza boleh menyebabkan dirinya jatuh pengsan pada bila-bila masa.

Mendedahkan mengenai perkara itu, Ibnor, 62, memaklumkan dia mengalami masalah pada bahagian saraf yang boleh menganggu saluran pernafasan dan mendatangkan bahaya kepada dirinya.

"Saya kini masih lagi dalam pemantauan doktor... saya menghadapi masalah saraf di leher yang terhimpit oleh ketulan menyebabkan saluran udara tidak sampai ke jantung dan otak.

ibnor1 - 1

Ibnor berkongsi tentang tahap kesihatannya.

"Masalahnya sekarang ini, saya boleh jatuh pengsan bila-bila masa dan jantung saya akan berhenti bila-bila masa disebabkan komplikasi penyakit yang saya hadapi ini," katanya.

Ibnor berkongsi perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh rakan artis, Datin Salwa Abdul Rahman menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza ditidurkan di ICU, tiba-tiba pengsan di rumah selepas beberapa hari keluar hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Muntah-muntah dan hampir pitam, Ibnor Riza dikejarkan ke hospital akibat tekanan darah rendah

Dalam rakaman itu, Salwa, 57, menziarahi Ibnor di hospital dan berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu.

Dalam pada itu, Ibnor turut memohon doa daripada orang ramai agar diberi kesembuhan segera.

"Sekarang ini hampir dua bulan saya keluar masuk hospital disebabkan penyakit saya ini.

"Saya mohon doa daripada kawan-kawan, insyaAllah doa kalian akan membuatkan saya sembuh.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya," ujarnya.

ibnor2 - 1

Ibnor mohon doa diberikan kesembuhan.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di rumahnya.

Sebelum itu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Dia mendapat tahu tentang keadaannya itu selepas melakukan pemeriksaan doktor akibat bengkak pada leher yang dialami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain