suria

Yazmin Aziz tak sabar sambut Ramadan dengan kekasih, mahu latih puasa dan ajar tentang budaya

Yazmin kini lebih bahagia bersama kekasihnya, Austin.

PENYANYI Yazmin Aziz teruja kerana tahun ini dia bakal menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama kekasihnya iaitu Austin Veloso.

Yazmin, 22, berkata dia sudah merancang untuk membelikan baju raya buat Austin dan sekali gus cuba untuk mengajar atlet bola keranjang Hong Kong itu berpuasa.

Kata Yazmin, Austin menunjukkan minat untuk mendalami budaya dan agama Islam kerana sering bertanyakan tentang soal itu.

yazmin1 - 1

Yazmin jatuh cinta dengan kesungguhan Austin.

"Walaupun Austin bukan beragama Islam, tetapi dia sangat menghormati agama lain. Dia sebenarnya teruja untuk menyambut kedatangan Ramadan dan saya akan cuba untuk melatihnya berpuasa.

"Sebelum ini saya ada menunjukkan video-video saya membuat content di bulan puasa dengan memakai telekung, dia seorang yang penuh dengan rasa ingin tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet bola keranjang Hong Kong tambat hati Yazmin Aziz, sedia kahwin selepas tamat belajar

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz ucap 'selamat tinggal' pada nasi dan gula, rahsia turun 8 kilogram tak sampai sebulan!

"Saya mahu perkenalkan budaya kita kepada dia. Tahun ini, saya juga akan membelikannya baju raya dan kami akan memakai warna sedondon," katanya kepada mStar.

Yazmin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis memperkenalkan masakan ibunda 100 aneka pilihan sempena Ramadan yang diadakan di Oakwood Hotel & Residence, Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Walaupun Austin bukan beragama Islam, tetapi dia sangat menghormati agama lain. Dia sebenarnya teruja untuk menyambut kedatangan Ramadan.

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

Dalam pada itu, Yazmin juga berkongsi sikap peribadi Austin yang membuatkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki berasal dari Kanada itu.

Menurut Yazmin, dia tertarik dengan kesungguhan Austin yang menunjukkan bahawa dia betul-betul ikhlas ingin berkawan.

"Apa yang saya sangat suka kepada Austin adalah kerana dia boleh menerima saya seadanya. Malah, sebelum saya berkawan dengannya lagi, saya sudah menerangkan kepadanya bahawa saya seorang Muslim.

"Saya tak tahu kenapa tetapi kali ini saya dapat merasakan perasaan yang lain apabila bersama dengan Austin," ujarnya.

Sementara itu, bekas peserta Big Stage 2022 ini juga menegaskan dia tidak mahu membuang masa untuk bercinta dengan lelaki yang tidak tepat.

"Saya rasa ini hubungan yang akan berkekalan kerana saya sendiri memberitahunya, saya berpacaran dengan lelaki adalah untuk berkahwin. Saya tidak mahu bazirkan masa.

yazmin2 - 1

Yazmin tidak mahu membuang masa dengan lelaki yang tidak tepat.

"Jika memang dia orangnya, insyaAllah sudah semestinya itu adalah goal saya untuk menamatkan hubungan ini," katanya.

Sebelum ini, Yazmin pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Nixon Guylherme pada Julai 2021, namun berpisah tiga bulan kemudian.

Kata Yazmin, perbezaan budaya antara faktor yang membuatkan mereka memilih untuk berpisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain