suria

[V] Hannah Delisha dan suami merancang, belum bersedia timang cahaya mata... “Jaga anak bukan macam bela kucing”

Hannah Delisha dan suami mahu empat orang anak.

SUDAH tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Hannah Delisha memberitahu dia dan suami iaitu Iman Shah masih lagi merancang untuk mendapatkan anak.

Hanna atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, berkata dia perlukan masa untuk benar-benar bersedia sebelum menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Ya saya merancang tapi tak menghalang, sebab saya bukan kahwin terus nak ada anak kerana tanggung jawab itu sangat besar.

279612290_1440963739665214_1770174404698332693_n

Hannah dan suami masih lagi merancang soal anak.

"Saya dan suami ada berbincang mengenai anak ini. Bagi saya keizinan Allah itu satu, tanggungjawab nak ada anak ini besar.

"Dia bukan macam mainan atau bela kucing, nak jaga kucing pun tanggung jawab dia besar apatah lagi seorang anak," katanya kepada mStar.

Hannah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Andai Itu Takdirnya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua kongsi gambar Hannah Delisha, Imam Shah nikah tapi sayang terkantoi... mereka didakwa nikah tahun lalu! Kemunculan Eleena Sui jadi bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah pada tarikh 'anniversary' kelima, kongsi hanya sekeping foto bersama di IG antara 10 fakta tentang suami Hannah Delisha, Imam Shah

Kata Hannah, dia mahu memberikan perhatian dan kasih sayang penuh kepada anaknya sekiranya diberikan rezeki kelak namun buat masa ini fokusnya tertumpu kepada kerjaya.

"Kami nak pastikan betul-betul bersedia, sebab bila saya ada anak saya nak luangkan masa bersama anak saya dan beri perhatian sepenuhnya kepada dia.

"Saya rasa bila kerja saya sudah tidak sibuk, mungkin itu masanya tapi ia bergantung pada rezeki Allah juga," katanya lagi.

Kalau ada dua pun okay tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat dah cukup.

HANNAH DELISHA

PELAKON

Hannah bagaimanapun memberitahu dia berhasrat ingin memiliki empat orang cahaya mata apabila sudah tiba masanya nanti.

Malah mengakui tidak mendapat tekanan dari orang sekeliling yang memahami dirinya.

"Kalau ada dua pun okay tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat dah cukup," kongsinya.

ASTRO_2272

Hannah Delisha percaya pada rezeki Allah SWT.

Tambah Hannah, dia mahu betul-betul bersedia selepas melihat ibunya melalui banyak cabaran dalam membesarkan dirinya.

"Saya sebenarnya kagum dengan ibu-ibu yang bekerja dan menjaga anak sebab ia bukan mudah, sebab saya pun ibu tunggal jadi saya nampak cabaran dia nak besarkan saya.

"Saya nampak usaha dia nak jaga saya dan pada masa yang sama nak berkerja," ujarnya.

Untuk rekod, Hannah dan suami Iman Shah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung dalam keadaan serba sederhana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain