suria

Hanya bahagia 2 tahun, Alicia Amin bercerai talak satu

Alicia terima dengan baik ikatan perkahwinan tidak bertahan lama.

PELAKON dan model Alicia Amin dan suami iaitu Dr Farzan Iqbal sah bercerai talak satu pada Rabu lalu selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan.

Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 28, menjelaskan keputusan penceraian itu dibuat secara baik dan Farzan melafazkan talak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Benar kami sudah bercerai secara baik," katanya mengesahkan perkara tersebut.

alicia 2

Alicia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami.

Sebelum itu, Alicia memuat naik video singkat di Instagram miliknya memperlihatkan dia memakai jubah hitam dan lengkap bertudung di mahkamah.

Dalam pada itu, Alicia berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan mereka lebih selesa sebagai sahabat dan bukannya suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Alicia Amin selamat bergelar isteri doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil protes di KLFW2022, Alicia Amin tuntut keadilan buat model yang tidak dibayar

Masih menyayangi bekas suaminya itu, Alicia berkata hanya perkahwinan mereka berakhir tetapi bukan silaturahim mereka sebagai sahabat.

"Saya masih sayangkan Farzan dan dia seorang lelaki yang baik... cumanya perkahwinan kami berakhir di sini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain