SEMENJAK kebelakangan ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pelbagai kisah keretakan rumah tangga selebriti sehingga ada di antara mereka memilih jalan perpisahan apabila gagal menyelamatkan perkahwinan yang dibina. Bagi pelakon dan penyanyi Marsha Milan, dia mengakui perkahwinan dengan suami iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed juga ada cabaran tersendiri malah pernah timbul salah faham di antara mereka. Pun begitu kata Marsha, 38, dia dan suami ada cara tersendiri menyelesaikan rasa tidak puas hati di antara mereka dan salah satunya adalah mengelak daripada tidur asing jika berlaku pertengkaran. "Biasalah dalam rumah tangga pernah ada fasa bergaduh malah pernah juga kami lama tidak bertegur sapa. Marsha terbuka untuk melakukan rawatan IVF sebagai usaha mendapatkan zuriat. "Apa kami buat adalah elakkan tidur asing kalau bertengkar. Apa pun berlaku, kena tidur sekatil," katanya kepada mStar. Penyanyi lagu kembali terang ini ditemui ketika majlis sidang media kerjasama antara Alternate Records dan Luncai Emas yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Tambah Marsha, komunikasi di antara pasangan juga sangat penting agar pertelingkahan yang berlaku tidak berlarutan sehingga memberi kesan kepada perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut pertama kali dapat perhatian luar biasa... Marsha Milan takut cepat 'expired’, jadi tak relevan selepas tiga bulan ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman dijangkiti Covid-19 sebelum AJL tahun lalu buat Marsha trauma keluar rumah... Terus amal minum air zam zam "Komunikasi amat penting dalam hubungan suami isteri. Jika ada sebarang masalah cuba selesaikan dengan baik," ujarnya. Dalam pada itu, Marsha memberitahu dia dan suami terbuka untuk melakukan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai usaha mendapatkan zuriat sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. "Setakat ini belum pergi lagi tapi memang ada perancangan ke arah itu. Saya pun sudah berbincang dengan suami dan mungkin akan lebih berusaha tahun ini. "Kami telah melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum ini... Alhamdulillah kedua-duanya tiada sebarang masalah. Bagaimanapun saya tidak mahu terlalu fikir soal IVF itu menjadi atau tidak," katanya. Marsha menghadiri majlis pelancaran kerjasama Alternate Records dan Luncai Emas. Kata Marsha dia juga masih dalam dilema memandangkan perlu mengambil masa rehat yang lama sekiranya serius melakukan rawatan IVF. "Itu yang membuatkan saya dilema sebab kita tahu apabila dalam proses rawatan IVF perlu banyak berehat sedangkan perkembangan kerjaya sekarang semakin baik. "Saya juga tidak mahu terlalu tertekan memikirkan hal ini. Semuanya berserah kepada Allah. Jika Dia kata ada maka kami amat bersyukur," jelasnya. Untuk rekod Marsha mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!