suria

“Kata la apa pun...” Hafidz Roshdi kongsi video sayang anak selepas insiden tumbuk isteri

Hafidz tetap akan menunaikan tanggungjawab sebagai bapa.

KETIKA namanya teruk dikritik ekoran dakwaan menumbuk wajah isterinya, pelakon Hafidz Roshdi dilihat masih kelihatan tenang dengan memuat naik sebuah video bersama dua orang anaknya iaitu Humairah dan Umar di Instagram.

Hafidz, 29, menerusi kapsyen video tersebut berkata, dia tidak kisah dengan kata-kata dilemparkan masyarakat terhadap dirinya kerana menganggap orang luar tidak tahu bagaimana dia sayang kepada anak-anaknya.

Tambah Hafidz, walau apa pun terjadi, tanggungjawab sebagai seorang bapa tetap diutamakan.

hafidz1 - 1

Hafidz memberitahu tetap akan menunaikan tanggungjawab sebagai bapa.

"Kata la apa pun. Orang bukan tahu macam mana Abah sayang anak-anak.

"Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada masuk hospital, terpaksa buat CT scan kesan punca jatuh sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada cedera di muka dipercayai ditumbuk Hafidz Roshdi... Polis sahkan terima laporan

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu bagaimanapun meletakkan had untuk meninggalkan komen pada hantaran tersebut dipercayai bagi mengelak netizen menyerangnya.

Pada Khamis, kecoh di media sosial apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memuat naik foto menunjukkan kecederaan dialami pada bahagian kiri wajahnya sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ahli keluarga yang enggan dikenali turut mengesahkan Shuhada menjadi mangsa keganasan Hafidz yang didakwa menumbuknya sebanyak tiga kali dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Khamis.

hafidz2 - 1

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada nampaknya masih belum berakhir.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Bagaimanapun pelakon itu dilaporkan melafazkan cerai terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Shuhada kemudiannya dilihat hadir ke mahkamah syariah pada 28 Februari lalu bagi memfailkan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain