suria

Penyamar guna nama Faizal Hussein di TikTok, perdaya wanita sampai berani ajak kahwin

Faizal Hussein tenang berdepan dengan isu akaun palsu.

PELAKON Faizal Hussein mendedahkan ada pihak cuba menyamar sebagai dirinya bagi memperdayakan peminatnya di laman sosial TikTok.

Faizal, 56, berkata, apa lebih membimbangkan individu berkenaan berani melamar salah seorang peminatnya dengan menggunakan identitinya.

Namun dia mendapat tahu mengenai perbuatan individu berkenaan selepas meneerima mesej daripada peminatnya yang berkongsi tangkap layar perbualan tersebut.

"Baru-baru ini ada orang menyamar jadi diri saya di TikTok kemudian bila sudah ramai pengikut, dia jual akaun tersebut.

334468173_1392602668250213_2212690371708958268_n

Faizal Hussein tak kisah ada pihak buat akaun palsu guna namanya.

"Dia siap ajak salah seorang pengikut akaun berkenaan kahwin dengan menggunakan identiti saya. Nasib baik ada peminat lain yang beritahu saya. Dia hantar mesej perbualan orang itu yang kononnya saya ajak kahwin," katanya kepada mStar.

Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana Filem Imam yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia sebelum ini tidak menghebahkan perkara itu kerana merasakan ia tidak memberi sebarang keuntungan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan panik punca menggeletar di pentas FFM32, Maya Karin gelar Faizal Hussien hero - “Siap kutip kasut saya yang tertinggal”

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Hussein jaga kelas, tak kecoh jika dapat ‘offer’ gaji ciput - “Kalau tak setuju dengan bayaran, saya tak akan buat”

Malah tidak berasa bimbang namanya dipergunakan kerana perbuatan tersebut bukan datang daripadanya.

"Kalau saya 'menyalak' pun tak berguna. Ia tidak mendatangkan apa-apa cuma saya boleh harap jangan ada orang cuba nak menyamar jadi Faizal Hussein.

"Tapi selagi dia bukan godam akaun saya, rasanya saya tidak kisah. Sebab itu bukan dari saya sendiri. Kadang peminat pun boleh tahu takkan saya nak cakap macam ini.

"Macam kes ini, peminat sendiri yang hantar benda ini ke akaun sebenar saya," jelasnya.

Peminat sendiri yang hantar benda macam ini ke akaun yang sebenar.

FAIZAL HUSSEIN

PELAKON

Dalam perkembangan lain, Faizal yang mememgang watak sebagai Haji Syamsuri dalam Filem Imam memberitahu lokasi penggambaran sangat mencabar buat dirinya kerana terpaksa berdepan dengan cuaca yang terik.

Kata Faizal, set penggambaran yang merupakan tapak masjid itu sememangnya dibina khas untuk filem ini dan akan dirobohkan selepas selesai.

"Tapak lokasi itu sebenarnya dekat kawasan lombong yang ditinggalkan, kalau bercakap tanah lombong tengah hari buta memang panas. Boleh nampak pelakon berpeluh. Perkara itu memang tak boleh nak elak.

Scene 4

Antara babak Faizal Hussein dalam filem Imam.

"Lokasi itu tak ada bangunan itu, ia memang set penggambaran yang dibina khas untuk filem ini. Kadang bila hujan set itu akan roboh terpaksa bina semula masjid itu," katanya.

Imam yang sudah pun masuk panggung sejak 2 Mac lalu membariskan barisan pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Vanidah Imran dan Natasha Charmain.

Imam mengisahkan tentang perjuangan seorang imam iaitu Haji Mihad yang ingin membaw pembaharuan di kampungnya sendiri.

Filem itu adalah adaptasi daripada novel Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain berjudul Imam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain