suria

Syafi Tee dedah bergelut dengan anxiety, keluarga jadi penguat semangat hidup 30 tahun

Syafi lebih tenang dan tahu cara atas anxiety.

DI SEBALIK perwatakan ceria yang selalu dikongsi di media sosial, pelakon Syafi Tee mendedahkan dia selama ini berdepan dengan masalah anxiety yang tidak pernah diceritakan kepada umum.

Syafi atau Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, 30, bagaimana bersyukur dia menyedari awal tentang masalah tersebut dan tahu cara untuk mengatasinya.

“Aku bergelut dengan anxiety sepanjang hidup. Aku tak pernah cerita di sini (media sosial). Untuk meluahkan pun rasa penat sebab orang tak faham.

“Tapi Alhamdulillah aku sedar kehadiran masalah ini awal sebab ada orang tidak sedar langsung. Aku tahu ramai orang hadap benda ini, tetapi sebagai permulaan kena sedar dahulu (masalah anxiety). Aku lebih tenang sekarang,” katanya.

syafi 2

Syafi tidak boleh hidup tanpa keluarga di sisi.

Syafi meluahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-30 pada 2 Mac lalu.

Menerusi perkongsian tersebut dia juga akui telah melalui pelbagai cabaran namun sokongan keluarga telah membuatkan dia lebih kuat dan belajar erti hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ridhuan Tee cium, peluk kekasih? Netizen syak Syafi Tee

ARTIKEL BERKAITAN: Ridhuan Tee anggap isu Syafi bercium satu ujian, akan terus tegur jika artis buat mungkar termasuk anak sendiri

“Ada masa aku muram teramat sangat sebab tak jumpa jawapan dalam kehidupan. Tapi aku atasi dengan sangat tabah sebab itu sahaja jalan keluar.

“Dulu waktu kecil aku selalu minta macam-macam dari ibu bapa, paling baran, paling rebel. Walau macam mana pun aku tak boleh pisah dari keluarga.

“Hidup ini seronok, tapi kita kena belajar berdamai dengan diri sendiri dahulu. Kita sahaja yang tahu macam mana nak mengatasinya,” jelasnya.

syafi 3

Syafi gembira dengan kehidupan.

Sementara itu pelakon ini juga meluahkan rasa syukur apabila dia dapat kembali aktif di sosial media selepas beberapa kali digodam.

“Aku rasa nak menangis sebab ramai orang tolong untuk dapatkan semula akaun ini. Sayang akaun ini sebab banyak kenangan.

“Walau dilanda ombak badai, kena hack bagai, aku masih menghargai 30 tahun kehidupan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain