suria

[V] Nazim Othman anggap Janna Nick sebagai sahabat, harap keajaiban bertemu jodoh lagi

Nazim dan Janna didakwa bercinta gara-gara kongsi gambar mesra bersama.

SEJAK beberapa hari lalu, media sosial kecoh apabila pelakon Nazim Othman dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Janna Nick gara-gara aktres itu memuat naik foto bersama di akaun Instagram miliknya.

Menjelaskan kekeliruan tersebut, Nazim atau Nushul Alif Othman, 39, berkata, hubungannya dengan Janna sekadar teman rapat malah selesa berkawan dengan aktres berkenaan.

"Tidak... bukan gimik atau sebagainya sebab kami berdua memang rapat malah selesa bila bertemu. Dalam berkawan ada beberapa jenis, ada yang kena jumpa banyak kali baru rapat, ada yang cepat.

"Macam saya dan Janna, kami jujur dengan diri sendiri, berkongsi nasihat dan persahabatan kami pun sangat natural," katanya kepada mStar.

288604311_482510033677671_1191597914346553808_n

Nazim dan Janna hanya kawan baik.

Nazim berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu juga memberitahu ketika ini dia masih sendiri selepas lima tahun bergelar duda.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman pula jadi mangsa peminat Kpop - “Macam tak sangka apa yang saya tengok kat posting tu, sumpah tiada niat hina orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kemurungan meningkat, Nazim Othman nasihat jangan pendam perasaan - “Berhenti jadi judgemental, kita tak tahu apa yang mereka lalui”

Kata Nazim, dia kini hanya mampu mengharapkan keajaiban daripada Tuhan berhubung soal jodoh.

"Saya masih single. Saya danh sampai ke tahap tidak mencari atau menanti.

Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik.

NAZIM OTHMAN

PELAKON

"Cuma mungkin akan berlakunya satu perhubungan jika ada keajaiban daripada Allah," jelasnya.

Dalam pada itu, Nazim berharap agar peminatnya dan Janna mendoakan agar persahabatan mereka berkekalan memandangkan mereka saling memahami antara satu sama lain.

316700864_506543978194879_6851690369344619516_n

Nazim serah soal jodoh pada Allah.

"Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik sebab saya memang menghargai dia sebagai seorang kawan.

"Dia seorang yang baik, tabah dan kuat. Beberapa kualiti yang ada pada dia buat saya terinspirasi dengannya," ujarnya.

Untuk rekod, Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 2016 namun pasangan itu akhirnya bercerai dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain