RUMAH ibu penyanyi Najwa Latif di Batu Pahat, Johor antara yang terkesan akibat bencana banjir susulan hujan tanpa henti melanda neegeri berkenaan sejak beberapa hari lalu. Mendengar perkhabaran kawasan sekitar rumah mula dinaiki air, Najwa dan suami, Akwa Arifin bergegas pulang bagi membantu keluarga di sana. "Mak saya hubungi kejutkan kami sekitar pukul 2.30 pagi maklumkan air dah mula naik. Jadi saya dan suami terus bersiap balik ke kampung untuk tolong apa yang patut. Najwa berkongsi keadaan di sekitar rumah. "Kami risaukan barangan elektrik dan dokumen-dokumen penting. Alhamdulillah semuanya berjaya di selamatkan dan abang ipar pun sempat buat penghadang supaya air tidak terus masuk ke dalam rumah," katanya kepada mStar. Najwa juga dilihat turut berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif sendiri terkejut sudah bergelar isteri, peminat nak cari pengganti presiden kelab single ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah awal cinta... Rupanya Najwa Latif mengurat suami, sabar dua bulan tunggu jawapan Kata Najwa meskipun dalam hati bimbang keselamatan ibunya namun dia tidak mahu panik dan menambah kebimbangan ibunya. Najwa berkata, ketika menghubungi ibunya pada Selasa lalu, dia dimaklumkan air semakin meningkat di sekitar kawasan mula masuk dalam rumah namun hanya ruang tamu sahaja selamat disebabkan ada penghadang air. Najwa dan suami bergegas pulang ke kampung selepas mendapat perkhabaran rumah dinaiki air. "Ibu memang sedikit panik apabila air mula naik. Tetapi saya, suami, kakak dan abang ipar enjoy sahaja. Kalau kami sama panik nanti tak boleh nak buat apa. Lebih baik enjoy selamatkan barang rumah. "Apa boleh buat, perkara dah nak terjadi. Nak stress pun tak guna," ujarnya dengan nada positif. Tambah Najwa ini merupakan kali kedua rumah itu terjejas akibat banjir selepas 17 tahun kejadian sama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!