suria

Masih ada peminat tersendiri, Lenka tampil konsert di Kuala Lumpur

Lenka masih punya kelompok peminat tersendiri.

PERCAYA Lenka masih mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia, penganjur acara Push Play berani untuk membawa penyanyi itu untuk mengadakan konsert di Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung pada 1 Mei ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Push Play, Nika, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu juga sebagai tanda menghargai peminat Lenka meskipun mungkin namanya kini kurang menjadi sebutan.

"Konsert Lenka yang akan di adakan di Kuala Lumpur ini sebagai memenuhi permintaan peminat di sini. Kami percaya Lenka masih mempunyai pengaruh muzik besar dan kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan.

Lagu-lagu Lenka kekal menjadi pilihan ramai.

Lagu-lagu Lenka kekal menjadi pilihan ramai.

"Selepas melalui beberapa proses dan Lenka sendiri setuju membuat persembahan untuk menghiburkan peminat di Asia, kami kami bawakan konsert ini," jelas Nika.

Tambah pengajur lagi sepanjang konsert itu nanti peminat dijanjikan dengan pilihan lagu-lagu popular Lenka sejak awal kemunculan sehinggalah album terkini berjudul Recover dan Disvover yang dilancarkan pada Februari 2020.

"Menerusi konsert ini peminat akan dihiburkan dengan pertembungan muzik Lenka yang lama dan baru. Di mana setiap lagu-lagunya mempunyai jalan cerita dan semangat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ‘Journey To The Future’ bukti Shila Amzah dalam kelas tersendiri, lagu galau tusuk hati penonton

ARTIKEL BERKAITAN: “Harga rahmah, pengalaman mewah” - Pengasas Bulan Bintang mula bimbang ramai minta anjur lebih banyak konsert

"Kami berharap peminat akan terhibur dan berpuas hati dengan konsert itu nanti," jelasnya.

Nama Lenka, 45, mula menjadi sebutan ramai sejak awal pembabitan dalam dunia muzik menerusi lagu berjudul The Show sekitar tahun 2008.

Kemudian dia sekali lagi mencipta fenomena apabila lagu Trouble Is A Friend menjadi hits dan popular.

Malah karya-karya Lenka juga banyak digunakan sebagai latar belakang muzik bagi tujuan pengiklanan selain sering kali menjadi pilihan di sosial media.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain