suria

“Hey janganlah sombong” - Nadia Brian ditengking tolak pelawaan buat ‘content’ TikTok sebab nak ke tandas

Nadia ditengking dan dimalukan depan khalayak ramai.

PELAKON Nadia Brian kesal dengan tindakan seorang ahli perniagaan memalukan dirinya di hadapan orang ramai, baru-baru ini.

Cerita Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, ketika itu dia menyertai sebuah karnival di Johor dan disapa oleh seorang wanita tidak dikenali yang mahu menghasilkan content video bersamanya.

Nadia terpaksa menolak kerana mahu ke tandas dan tidak semena-mena usahawan itu terus meninggikan suara di hadapan orang ramai.

nadia1 - 1

Nadia bengang dirinya dirakam tanpa izin.

"Pada ketika itu saya memang nak ke tandas dan tiba-tiba ada seorang kakak menahan saya katanya nak ajak buat content.

"Saya pun cakap kejap, saya nak pergi tandas. Tiba-tiba dia jerit depan semua orang cakap 'Hey janganlah sombong sangat'.

"Saya nak menangis pada waktu itu kerana saya tidak pernah ditengking seperti itu, lebih-lebih lagi daripada orang yang tidak dikenali," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan hanya pandang seksi sahaja"... Kerap terima tawaran watak penggoda, Nadia Brian teringin cuba pelbagai karakter

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah gagal dalam perkahwinan, Nadia Brian bimbang kesihatan mental Puteri Sarah dan Syamsul Yusof

Lebih membuatkan dia bengang apabila wanita berkenaan merakam detik itu tanpa kebenaran dan berkongsi rakaman itu di media sosial.

"Saya tak tahu pun kakak itu buat content dan rakam situasi tersebut. Saya tak tahu pun dekat situ ada kamera.

"Apa yang buatkan saya lebih marah, dia muat naik video itu di aplikasi TikTok. Saya terus komen dan memintanya padam video tersebut," ujarnya.

Saya nak menangis pada waktu itu kerana saya tidak pernah ditengking seperti itu.

NADIA BRIAN

PELAKON

Dalam pada itu, Nadia menyifatkan tindakan ahli perniagaan berkenaan seolah-olah mempergunakan dirinya secara percuma untuk melakukan promosi di media sosial.

Tambah Nadia, dia juga dalam usaha mendapatkan nasihat daripada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Orang bayar artis untuk promosikan barang mereka. Bagi saya, ini adalah satu tindakan mengambil kesempatan terhadap kami.

"Saya terus minta nasihat peguam. Saya bukan nak kenakan dia, tapi saya hanya ingin memberi pengajaran untuk orang lain juga.

"Saya tidak mahu perkara memalukan ini terjadi kepada orang lain pula," katanya.

nadia2 - 1

Nadia mahu mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia masih belum menerima permohonan maaf secara peribadi daripada ahli perniagaan itu.

Sebaliknya ia hanya dikongsikan menerusi muat naik video di laman sosial.

"Buat masa ini dia tidak mencari saya untuk meminta maaf. Saya hanya dapat video yang dikirim oleh rakan yang mengatakan wanita itu ada membuat permohonan maaf di TikTok.

"Tengoklah dia buat video, cakap nama saya pun salah. Saya malas nak tengok sampai habis sebab saya malas nak masuk dalam 'drama' dia," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain