suria

Sanggup berjauhan dengan keluarga... Aziz Harun nekad pindah KL, tak perlu lagi ulang-alik ke Brunei

Aziz mahu terus melebarkan saya dalam industri muzik tempatan.

DEMI meneruskan kerjaya seni dan mencari peluang lebih cerah dalam bidang muzik di Malaysia, penyanyi Aziz Harun sanggup meninggalkan keluarga di Brunei dan nekad berpindah ke Kuala Lumpur.

Kata Aziz, 25, meskipun dia sudah mula membina nama di negara ini menerusi lagu Senyum sekitar tahun 2020, namun sekarang dia tidak lagi perlu berulang-alik seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Kalau dahulu selain muzik ada perkara lain yang perlu saya fokuskan termasuk menamatkan pelajaran di universiti. Sekarang sudah tidak ada alasan lagi dan sebab itu saya nekad untuk berpindah ke KL.

aziz harun 3

Aziz tetap memilih kerjaya seni selepas tamat pengajian dalam bidang ekonomi.

"Saya meletakkan diri saya sepenuhnya ke arah muzik dan sebab itu saya mengambil keputusan untuk berpindah. Keluarga pun tidak pernah melarang kerana mereka tahu ini adalah minat saya selain kurang mendapat tawaran persembahan di sana.

"Saya juga sudah ada peminat di KL. Jadi memang ada tapak di sini dengan kenalan ramai orang-orang hebat dalam muzik. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang ada dan memulakan di tempat lain," katanya kepada mStar.

Aziz ditemui ketika majlis sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Jarak yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aziz Harun kejar bekas kekasih sampai ke UK

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sutera’ dikatakan ciplak lagu ‘Lathi’, Aisha Retro anggap tuduhan bantu promosi lagunya

Mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan itu, Aziz mengakui berat hati kerana dia tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama kedua ibu bapanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarga memberi sokongan penuh dan tidak pernah menghalang untuk dia memilih kerjaya dalam bidang seni.

Lebih-lebih lagi selepas dia berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari University of East Anglia, United Kingdom (UK) pada Oktober 2021.

"Keluarga tahu saya minat muzik dan mereka tidak pernah halang untuk pilih kerjaya dalam bidang ini. Tempoh belajar sebelum ini pun telah membuka mata saya untuk lebih yakin serius terlibat dengan muzik.

Saya juga sudah ada peminat di KL. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang ada dan memulakan di tempat lain

AZIZ HARUN

PENYANYI

"Saya baru sahaja betul-betul menetap di KL awal Mac. Sebelum berpindah ke sini terdetik juga rasa berat hati memandangkan usia kedua ibu bapa semakin meningkat. Saya takut tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

"Bagaimanapun mereka akan selalu datang ke KL. Sebelum ini pun jika saya ada kerja di KL dan menetap untuk tempoh masa lama mereka akan datang ziarah," ceritanya.

Sementara itu bercakap tentang lagu baharu yang merupakan nyanyian duet bersama Aisha Retno, Aziz memberitahu dia tidak berfikir panjang untuk memberi kata setuju selepas rakannya itu menghantarkan demo.

aziz harun 1

Mula kenal di media sosial, Aziz dan Aisha akhirnya berkolaborasi dalam satu lagu.

Biarpun perkenalan mereka hanya melalui sosial media, Aziz dan Aisha mudah mencipta keserasian dan hasil terbukti menerusi lagu Jarak.

"Kami mula rapat dalam tahun 2019 dan hanya berhubung menerusi media sosial. Ketika Aisha menyertai program Big Stage 2022, dia ada menghantar demo lagu tersebut dan saya terus suka selepas mendengarnya.

"Kami pertama kali bertemu ketika konsert akhir Big Stage 2022 tahun lalu. Walaupun tinggal berjauhan, kami tetap berusaha untuk siapkan lagu ini,” jelasnya.

Lebih istimewa lagi, lagu ciptaan bersama Aisha, Romeo dan Glowrush ini juga akan dimuatkan dalam album terbaharu Aziz berjudul Yang Benar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain