suria

Hafiz Nafiah calon Exco Pemuda Umno mahu perjuang nasib anak seni

Hafiz yakin masalah industri seni akan lebih mendapat perhatian menerusi penglibatan dalam politik.

MAHU terus memperjuangkan nasib anak seni, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Hafiz Nafiah sedia untuk lebih serius menyerlah dalam bidang politik dan bakal bertanding bagi pemilihan Exco Pemuda Umno Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut Hafiz, 39, penglibatan dalam arena politik dianggap sebagai satu platform yang lebih kuat sekaligus dapat membawa sebarang masalah berkaitan dunia seni ke perbincangan peringkat kerajaan.

Dalam masa sama dia juga berharap dapat mempengaruhi lebih ramai anak muda supaya peka tentang kepentingan politik selain isu semasa dalam negara.

hafiz 11

Hafiz akan terus perjuangkan nasib anak seni.

"Seniman merupakan satu pertubuhan yang sentiasa memperjuangkan industri seni namun mungkin ruangnya sedikit terhad. Jadi menerusi penglibatan dalam politik ini saya rasakan akan ada platform lebih luas. Semestinya saya akan sentiasa membawa masalah berkaitan industri seni kepada kerajaan sekiranya diberi mandat nanti.

"Dalam Seniman pun saya sudah lama memperjuangkan untuk mewujudkan akta berkaitan dunia seni secara terperinci. Itulah yang akan terus saya bawakan nanti.

"Selain itu saya juga berharap dapat membawa orang muda kerana saya percaya bahawa golongan ini merupakan benteng dalam sesebuah parti," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman buat laporan polis, ‘blacklist’ produksi Mentega Terbang hina agama Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha cedera, Fizz Fairuz tuding jari... Seniman minta jangan serkap jarang

Tambah Hafiz sekiranya menang dalam pemilihan kali ini dia tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap Seniman dan yakin dapat menjalanan tugas dengan dalam kedua-dua bidang.

Dalam masa sama dia juga faham penglibatan dalam politik akan membuka lebih banyak ruang kecaman pelbagai pihak yang mahu mencari kesalahannya.

"Buat masa sekarang tumpuan saya hanya kepada dunia seniman dan politik. Walaupun dua bidang berbeza saya tidak rasa akan timbul isu mengabaikan tugas. Dalam Seniman, kami juga ada ahli jawatankuasa lain yang sentiasa membantu. Jadi saya boleh memberi lebih tumpuan ke arah politik.

Saya rasakan ia menjadi satu tanggungjawab mendekati golongan muda supaya mereka lebih faham tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka

HAFIZ NAFIAH

SETIAUSAHA SENIMAN

"Jika diberi mandat dalam politik, saya tetap akan memegang jawatan untuk Seniman. Saya yakin dan tahu apa yang boleh dilakukan sekiranya diberi jawatan.

"Sepanjang memegang jawatan dalam Seniman pun sudah ramai yang memberi kritikan termasuk isu peribadi. Bagi saya jika mahu jadi pemimpin perlu berjiwa besar dan tahu menghadapi kritikan," jelasnya.

Sementara itu kata Hafiz meskipun sudah lama melibatkan diri dalam dunia politik, namun melihat situasi semasa tentang pemikiran anak muda membuatkan dia terpanggil untuk lebih serius ke depan.

hafiz 13

Penyertaan dalam politik bukan penghalang buat Hafiz terus aktif dengan dunia seni.

"Sebelum ini saya jarang terdedah diri dalam dunia politik. Namun melihat keadaan semasa, saya rasakan perlu memberi kesedaran kepada anak muda.

"Saya rasakan ia menjadi satu tanggungjawab mendekati golongan ini supaya mereka lebih faham tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

"Dengan pendedahan yang ada sebelum ini, saya rasa layak untuk bertanding dan dipilih dalam kepimpinan politik," ujarnya yang banyak berlakon drama tempatan.

Untuk projek terbaharu, dia terlibat dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang ditayangkan di pawagam pada 2 Febriari lalu.

Filem itu turut menampilkan pelakon antaranya Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana, Sabri Yunus, Saharul Ridzwan .

Dia juga pernah duduk di kerusi pengarah menerusi filem berjudul Mat Kola dan menjadi penerbit eksekutif Siku 12.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain