DITUDUH mempermainkan hati seorang wanita, penyanyi Khai Bahar akhirnya tampil menjelaskan mengenai dakwaan tidak benar itu. Khai atau Muhammad Khairul, 29, berkata dia mengenali wanita berkenaan namun apa yang berlaku disebabkan salah faham. Malah dia dan wanita berkenaan telah menyelesaikan isu itu secara baik. Khai Bahar terkejut dituduh mainkan hati wanita. "Saya kenal dia, tapi tak ada apa pun, itu cuma salah faham saja. Bila saya baca berita itu terus saya hubungi wanita berkenaan. "Saya tanya dan selesaikan dengan baik, bila dah selesai dia pun ambil langkah padam semula ciapan tersebut. "Saya tak nak benda ini berpanjangan dan saya rasa saya tiada salah apa pun dengan orang. Bila dah selesai, Alhamdulillah sebab (isu) ini tidak berpanjangan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada rezeki menang AJL, Khai Bahar tak putus asa... Rancang bawa kelainan tampil bersama band ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar puji Nabila Razali, tak putus asa perbaiki nyanyian... “Macam-macam orang kata tapi dia kuat” Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media Majlis Buka Puasa bersama Khai Bahar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Selasa. Sementara itu, Khai mengakui pada awalnya dia terkejut dengan khabar tersebut namun bertegas bahawa dirinya tidak sekejam yang didakwa. "Bila dah jadi macam ini saya pun keliru, takkan saya sekejam itu. Saya pun ada hati dan perasaan macam orang lain. Benda dah jadi, nak rasa serba salah sangat itu tidak cuma lebih beringat selepas ini," katanya lagi. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati tidak terlalu berkata-kata manis dengan semua orang. KHAI BAHAR PENYANYI Dalam pada itu, Khai berkata dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sekali gus menganggap ini semua ujian sebagai seorang anak seni. Tambah Khai, dia juga mendapat teguran daripada beberapa pihak tentang sikap mudah mesranya itu. "Bagi saya ini lumrah seorang selebriti, saya sebagai tuan badan yang terlibat dengan isu seperti ini dan rasa itu bukan salah saya jadi terus ambil tindakan menghubungi orang itu kalau salah saya minta maaf. Khai Bahar mahu lebih berhati-hati selepas ini. "Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memandangkan dapat teguran dari rakan-rakan dan keluarga agar tidak terlalu berkata-kata manis dengan semua orang. "Saya pula jenis cepat mesra tidak memilih orang, berkawan dengan semua orang. Kadang mungkin dia orang pula terlalu selesa dengan saya hingga jadi perkara seperti ini," ujarnya. Sebelum ini, seorang wanita telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter yang mendakwa Khai telah mempermainkan hati rakannya. Wanita berkenaan turut mendakwa penyanyi yang terkenal dengan lagu Bayang itu meninggalkan rakannya selepas menabur janji tanpa alasan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!