suria

Tiket konsert Ella laris, ‘sold out’ dalam masa 24 jam

Tiket konsert Ella habis terjual dalam tempoh satu malam.

TIKET konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota mencipta satu rekod baharu apabila habis terjual dalam masa 24 jam bagi artis Malaysia yang pernah menganjurkan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, berkata dia sangat bersyukur dengan sokongan peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahannya pada 10 Jun depan.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan saya, RockQueen dan juga rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya sangat teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.

DSC08536

Ella tak sabar nak jumpa peminat.

"Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei di atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini," katanya.

Ella berkata dia tidak sabar untuk memberikan persembahan terbaik buat peminatnya bersempena 35 tahun berada dalam industri.

Malah pihak penganjur ketika ini juga sedang giat mencari alternatif lain bagi membantu peminat yang terlepas membeli tiket konsertnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada istilah bersara, Ella umum konsert sempena 35 tahun sebagai penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih untuk 35 tahun”... Ella padam foto IG, beri bayangan tinggalkan dunia seni

"Ella tidak sabar untuk berikan yang terbaik pada semua, semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terlibat agar acara ini menjadi memori yang wajar dikenang.

"Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket, InsyaAllah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua," katanya lagi.

Difahamkan, tiket konsert tersebut mula dijual pukul 12 tengah hari, Selasa dan terjual sebanyak 50 peratus hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

335993114_6269495499756890_7224011745712728394_n

Laman web sampai tergendala ketika hari penjualan.

Malah penjualannya terpaksa dihentikan buat sementara kerana lebih 25,000 membanjiri laman web bagi menunggu proses mendapatkan tiket.

Disebabkan kebanjiran itu mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala namun pihak penganjur segera menyelesaikan isu terbabit dan penjualan disambung semula pada pukul 5 petang hari sama.

Namun sekitar pukul 7 malam, 90 peratus tiket berjaya terjual dan selebihnya hanya tinggal kategori Rockzone.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain