SELEPAS tujuh tahun tidak tampil dengan lagu berbahasa Melayu, penyanyi dan komposer yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Yuna akhirnya melancarkan Menanti khas buat peminat. Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 37, menyifatkan penghasilan Menanti sebagai kebetulan apabila mendapat peluang dan inspirasi menggubahnya selepas sudah lama tidak menghasilkan lagu dalam bahasa berkenaan. Lebih mengujakan, Yuna yang pernah popular menerusi lagu Terukir Di Bintang memberitahu akan ada lagu-lagu berbahasa Melayu lain yang akan dilancarkan pada masa akan datang. "Lagu Melayu pertama selepas tujuh tahun. Tak sabar nak kongsi dengan anda lagu baru... kebetulan ada pula peluang dan inspirasi. Yuna akhirnya melancarkan lagu berbahasa Melayu. "Terimalah Menanti dan lagu-lagu lain yang akan datang. Sayang anda semua," ujarnya. Sebelum ini menerusi Twitter, Yuna ada memberi bayangan kepada peminat dia bakal kembali. Menerusi video yang dimuat naik, Yuna berkongsi sedutan-sedutan muzik video dan klip beberapa nyanyiannya dalam bahasa Melayu. ARTIKEL BERKAITAN: Yuna sudah lali dikritik, tak benarkan diri dikuasai perkara negatif ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bimbang tak mampu kawal diri, Meerqeen pasang ‘bodyguard’ untuk elak kelakuan buruk Malah penyanyi itu turut membuat undian tentang genre lagu yang dimahukan peminat bagi single terbaharunya itu. Hasil undian itu, 46 peratus mahukan Yuna merakamkan lagu berbahasa Melayu genre 'sendu' dan penyanyi itu menunaikan permintaan peminat. Untuk rekod, Yuna mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada 2011 dan pernah popular menerusi lagu duet bersama Usher iaitu Crush. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!