suria

[V] Bimbang tak mampu kawal diri, Meerqeen pasang ‘bodyguard’ untuk elak kelakuan buruk

Meerqeen juga guna khidmat pengawal peribadi untuk tujuan keselamatan.

DITEMANI pengawal peribadi bukanlah alasan untuk peminat sukar mendekati pelakon Meerqeen ketika bertemu di mana-mana acara.

Sebaliknya kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, tugas lelaki berkenaan lebih kepada mengawal dirinya supaya tidak melakukan perkara-perkara buruk ketika berada di tempat awam.

“Dia (pengawal peribadi) akan dengar apa yang saya cakap. Dia tahu apa yang sepatutnya dan apa yang tidak boleh dilakukan. Kalau peminat mahu mendekati saya tidak akan kata no!

Meerqeen sentiasa menjaga hubungan baik dengan peminat.

Meerqeen sering mengadakan aktiviti bersama kelab peminat.

“Tetapi kalau terlalu ramai barulah saya akan minta bantuan dia. Sebenarnya kehadiran pengawal peribadi lebih kepada untuk mengawal diri saya sendiri supaya saya tidak melakukan sesuatu secara tidak sedar.

“Jika berada di tempat awam, mungkin saya pun tak boleh nak kawal diri, jadi dia akan sentiasa ingatkan untuk berkelakuan baik,” katanya kepada mStar.

Meerqeen ditemui ketika majlis tayangan istimewa episod pertama drama Melur Untuk Firdaus 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Nenek Bongkok Tiga’ bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat

ARTIKEL BERKAITAN: Suamiku Lelaki Pendosa’ menang besar, Meerqeen dan Anna Jobling pula ‘Pasangan Drama Terbaik’ Anugerah Drama Sangat 2023

Tambah Meerqeen, dia sentiasa menghargai kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kerjaya dan mereka bersama-sama sering melakukan aktiviti kemanusiaan.

Dalam masa sama, aktor ini juga tidak terlepas dari segelintir peminat fanatik yang menghantar kata-kata cinta kepadanya termasuk ada yang mempunyai patung berwajahnya bersaiz ukuran badan sebenar.

“Bagi saya hubungan dengan peminat bagaikan satu keluarga. Kami selalu mengadakan aktiviti charity. Dari situ juga ia boleh eratkan lagi hubungan kami semua.

Sebenarnya kehadiran pengawal peribadi lebih kepada untuk mengawal diri saya sendiri supaya saya tidak melakukan sesuatu secara tidak sedar

MEERQEEN

PELAKON

“Saya jarang berkongsi hal tersebut kerana menghormati privasi mereka. Dalam pada itu sebagai pelakon drama cinta, saya juga tak terlepas dari kiriman kata-kata cinta peminat. Namun tidaklah terlalu menyeramkan,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang drama Melur Untuk Firdaus 2, Meerqeen sedar ramai yang meletakkan harapan tinggi selepas gandingannya bersama Anna Jobling dalam musim pertama mendapat sambutan hangat.

Bagaimanapun pelakon ini terbuka menerima sebarang kritikan apabila ia mula ditayangkan dalam slot Akasia pada Khamis.

Melur Untuk Firdaus 2 memaparkan kisah yang lebih santai.

Melur Untuk Firdaus 2 memaparkan kisah yang lebih santai.

“Musim pertama drama ini telah meletakkan satu tanda aras yang cukup baik dengan sambutan amat menggalakkan dari peminat. Tetapi kali ini saya tidak meletakkan harapan tinggi dan berserah kepada penerimaan penonton.

“Setiap orang ada pendapat tersendiri. Sepanjang penggambaran juga kami sudah ambil kira pendapat orang dari musim pertama dahulu dan kami akan duduk berbincang untuk penambahbaikan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain