suria

Menuntut di sekolah Cina sejak kecil, pelakon baharu Layla Sania mengaku kurang fasih bahasa Melayu

Layla mengakui tidak dapat berturut bahasa Melayu dengan baik.

PENYANYI dan pelakon, Layla Sania mengakui dia mempunyai masalah untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu kerana menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Sedang menjalani penggambaran sebuah drama Melayu, Layla atau Layla Sania Khairuzikri, 21, berkata dia berasa gementar kerana bimbang tidak dapat bertutur dengan baik.

Justeru itu, dia mengambil inisiatif mempelajari tentang pengolahan skrip dan penjiwaan watak dengan pelakon senior.

layla2 - 1

Layla mendapat pendidikan awal di sekolah berbahasa Cina.

"Saya sekarang sedang berlakon drama Melayu pertama... sebelum ini saya banyak membintangi drama berbahasa Cina sahaja.

"Saya sebenarnya takut nak berlakon drama Melayu. Bukan apa, selama ni saya bersekolah Cina jadi bahasa Melayu saya tak berapa sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Spilt Gravy' Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda hanya 'roll eyes' Keisha ajak cakap Mandarin di rumah, bangga anak fasih bertutur macam pro!

"Bila hafal skrip bahasa Melayu, banyak perkataan yang saya tidak tahu tapi nasib baik rakan-rakan artis banyak membantu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Layla memberitahu dia pernah menghadiri kelas semata-mata untuk bertutur bahasa Melayu dengan lebih baik.

Saya sebenarnya takut nak berlakon drama Melayu. Bukan apa, selama ni saya bersekolah Cina jadi bahasa Melayu saya tak berapa sangat.

LAYLA SANIA

PELAKON & PENYANYI

Penyanyi lagu Bambino itu kini lebih yakin untuk bercakap menggunakan bahasa Melayu kerana telah mendapatkan latihan secukupnya.

"Sejak awal menceburi bidang seni, saya mula-mula masuk dalam industri Melayu dulu barulah ke industri hiburan bahasa Cina.

"Saya rasa saya perlu belajar bahasa Melayu kalau tak, sayanglah kan? Bukan saya tak pandai bahasa Melayu, cuma saya tak tahu nak bercakap formal dan buat ayat yang sempurna.

"Sekarang ni penguasaan bahasa saya lebih baik kerana saya ada menghadiri kelas. Di situ saya banyak belajar bagaimana untuk menjawab temu bual dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris," ujarnya.

layla1 - 1

Layla berusaha belajar bahasa Melayu.

Untuk rekod, Layla pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) pada Disember tahun lalu menerusi filem Small Town Heroes.

Lagu nyanyiannya, You’re The Only One in My Heart dendangan asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang memperkenalkan nama Layla dalam industri muzik tanah air.

Penyanyi ini turut mempunyai dua single berbahasa Mandarin iaitu Traveler dan By Your Side.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain