suria

Persiapan kahwin sudah siap 50 peratus, Mimi Lana sedia jadi isteri Syafiq Kyle

Mimi sudah bersedia bergelar seorang isteri.

PELAKON Mimi Lama sudah bersedia bergelar isteri kepada aktor Syafiq Kyle memandangkan hubungan mereka sudah lama terjalin.

Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, juga tidak menolak kenyataan dibuat Syafiq sebelum ini yang memaklumkan mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Betul apa yang dia (Syafiq) beritahu. Saya rasa tak ada apa yang saya nak tambah. Kalau saya pun bercakap nanti, peminat rasa bosan pula dengar benda yang sama... Insya Allah tahun ini.

"Alhamdulillah saya dan Syafiq sudah lama berkawan. Persediaan... saya sudah bersedia memandangkan kami sudah berkawan untuk tempoh yang agak lama," katanya kepada mStar.

mimi2 - 1

Syafiq dan Mimi sudah lama berkawan.

Mimi berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media kempen Seindah Kasih Media Prima Berhad yang diadakan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam pada Sabtu.

Dalam pada itu, aktres berkenaan memberitahu persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan sudah 50 peratus siap.

ARTIKEL BERKAITAN: "One step closer, Insya Allah" - Mimi Lana beri gambaran sudah bertunang dengan Syafiq Kyle, dibanjiri ucapan tahniah peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu masa disatukan sebagai suami isteri, Syafiq Kyle dan Mimi Lana nikah lepas raya - "Bagi orang puasa dulu"

Mimi memberitahu dia juga bersyukur kerana semua urusan mereka melangkah alam perkahwinan dipermudahkan termasuk menerima sokongan penuh daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Kami tak banyak ragam, senang berbincang. Semuanya berjalan lancar. Keluarga kami pun sangat menyokong.

"Apa yang saya boleh katakan, persiapan perkahwinan sudah 50 peratus berjalan dan seperti pasangan lain, perkara yang perlu diuruskan hampir sama," ujarnya.

Saya sudah bersedia memandangkan kami sudah berkawan untuk tempoh yang agak lama.

MIMI LANA

PELAKON

Sementara itu, berkongsi mengenai kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Mimi memberitahu dia akan mengambil peluang itu untuk meluangkan lebih banyak bersama keluarga.

Kata Mimi lagi, tahun ini merupakan kali pertama dia mengambil cuti pada bulan Ramadan dan akan memanfaatkan dengan perkara baik.

"Alhamdulillah selama bertahun-tahun saya dapat kosongkan jadual kerja saya untuk sambut Ramadan tahun ini. Insya Allah saya akan bercuti dan pulang ke kampung bersama keluarga," katanya.

mimi1 - 1

Mimi mohon doa yang terbaik.

Pada 21 Januari lalu, Mimi memuat naik gambar dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq.

Syafiq dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan persiapan pernikahan mereka sedang berjalan lancar dan hanya menanti hari bahagia.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila dilihat berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain