suria

Meerqeen teruja adik bongsu pun jadi model, ambil masa 8 jam dapat foto terbaik

Meerqeen dan Shaqeel bergandingan untuk jenama Elrah Exclusive sempena kempen lebaran kali ini.

KETIKA namanya semakin meningkat naik, pelakon Meerqeen turut berkongsi rezeki dengan adik bongsunya iaitu Mohd Shaqeel Shauqeen apabila dilamar jenama Elrah Exclusive sebagai model untuk kempen lebaran kali ini.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, ini merupakan kali pertama dia dan Shaqeel yang berusia setahun tujuh bulan itu bekerja sama.

“Ini adalah pekerjaan pertama Shaqeel dan saya gembira kami dapat bergandingan bersama-sama. Memang dia banyak ragam dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi semuanya berjalan lancar.

f57bd0aa-c4d6-4d4f-9520-12baa2748d63

Meerqeen dan Shaqeel dilamar jenama Elrah Exclusive.

“Bila melihatkan hasil kerja, semua rasa penat hilang. Kalau ada lagi tawaran seperti ini datang pada masa hadapan, Insya Allah saya akan pertimbangkan memandangkan peluang sebegini tak selalunya datang,” katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Meerqeen memberitahu bahawa adiknya itu sudah beberapa kali dilamar untuk terlibat dalam pengambaran video namun disebabkan usianya masih kecil membuatkan keluarganya bimbang akan menyusahkan ramai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bimbang tak mampu kawal diri, Meerqeen pasang ‘bodyguard’ untuk elak kelakuan buruk

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Nenek Bongkok Tiga’ bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat

Bagaimanapun kata Meerqeen, kali ini mereka membenarkan Shaqeel untuk terlibat sama kerana hanya perlu melakukan fotografi bersama tanpa melakukan perkara lain.

“Sebenarnya sudah ada banyak jenama minta dia dijadikan model dalam kempen lain sebelum ini. Cuma kami sekeluarga merasakan belum masanya untuk dia terlibat dalam bidang seni kerana usianya yang masih ‘mentah’.

“Tapi apabila saya dilamar sebagai sebahagian daripada wajah Elrah Exclusive kali ini, Shaqeel turut diberikan peranan yang sama dan pastinya peluang berkenaan tidak dilepaskan untuk berkerja bersamanya,” katanya lagi.

Saya bersyukur kerana maklum balas yang diberikan peminat amat positif.

MEERQEEN

PELAKON

Berkongsi menjalani pengambaran bersama adik bongsunya itu, Meerqeen memberitahu agak mencabar menjalani pengambaran bersama Shaqeel sehingga kedua ibu bapanya turut berada di set fotografi.

Malah dia perlu melayani keletah Shaqeel untuk mendapatkan gambar yang menarik sehingga mengambil masa lapan jam untuk menyelesaikan sesi fotografi.

Selain Meerqeen tahun ini jenama Elrah Exclusive turut memaparkan beberapa wajah lain termasuklah Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot serta bintang TikTok popular yang sedang meningkat naik, Aabias dan Wan Chai.

638ac0b5-282d-4750-9c49-226f3da04bde

Shaqeel banyak ragam mencuit hati semasa sesi fotografi.

Sejak seminggu yang lalu, wajah mereka sudah terpampang di papan iklan LED gergasi TS Law bersebelahan menara TRX yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Alhamdulilah, ramai yang mula perasan dan papan iklan tersebut tular di media sosial. Saya bersyukur kerana maklum balas yang diberikan peminat amat positif.

“Semoga kedatangan lebaran kali ini akan memberikan kegembiraan kepada semua. Untuk peminat saya pula, jangan lupa menonton Melur Untuk Firdaus 2 yang sudah mula ditayangkan. Terima kasih atas sokongan semua,” tambahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain