suria

Sudah boleh berdiri tanpa bantuan, kesihatan Zamani kembali normal 3 bulan selepas pembedahan tulang belakang

Zamani masih lagi jalani rawatan fisioterapi.

SELEPAS tiga bulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November tahun lalu, penyanyi Zamani bersyukur apabila kini mampu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.

Zamani atau Zamani Ibrahim, 52, berkata dia sudah tidak lagi menanggung sakit terutama jika duduk atau berdiri dalam tempoh masa yang lama.

Dia bagaimanapun masih tidak dapat melakukan beberapa aktiviti harian atas nasihat doktor bagi mengelakkan kecederaan di bahagian tulang belakangnya berulang.

332382591_886174782598691_6848442022563856354_n

Zamani dah makin aktif selepas pembedahan.

"Alhamdulillah saya dah semakin elok dan baik, rutin pun saya dah buat macam biasa. Cuma ada beberapa rutin harian yang masih saya tak boleh lakukan lagi macam saya tak boleh nak tunduk lagi.

"Tapi paling ketara saya dah mampu berdiri dalam Alhamdulillah tak rasa sakit macam dulu. Saya pun sudah kembali banyak menerima persembahan pentas," katanya kepada mStar.

Zamani berkongsi perkara itu ketika ditemui dirakaman takbir raya yang berlangsung di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang belakang Zamani belum pulih, perlu jalani fisioterapi 2 kali seminggu

ARTIKEL BERKAITAN: Badan tak lagi melengkung, Zamani buat persembahan pertama selepas pembedahan... Aznil Nawawi pula menitis air mata

Zamani berkata dia masih lagi menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan fizikal dan tulang belakangnya lebih kuat dan stabil.

"Saya masih lagi sedang jalani rawatan fisioterapi selama enam bulan. Sangat penting rawatan fisioterapi sebab saya ada masukkan besi, jadi nak beri dia serasi dengan tulang.

"Saya ada lagi tiga bulan untuk rawatan fisioterapi. Tapi kalau rawatan doktor, dia cakap dah okay. Dua minggu lepas baru jumpa doktor dan semuanya baik-baik sahaja," katanya lagi.

553 (1)

Zamani teruja nak bertemu peminat di konsert reunion bersama Slam.

Sebelum ini, Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Berkongsi perkembangan terkini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Germis Mengundang ini memberitahu bakal melakukan konsert bersama kumpul Slam pada bulan Jun nanti.

"Saya dan kumpulan Slam akan melakukan konsert berskala besar di Singapura pada Jun nanti manakala untuk peminat di Kuala Lumpur dalam bulan Ogos pula.

"Saya teruja untuk menyertai konsert reunion kali ini selepas keadaan saya dah sihat nak berbanding keadaan saya yang sebelum ini tidak beberapa okay," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain