suria

Abang Stacy ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala, organ dalaman turut rosak

Stacy harap Chaq kembali kuat melawan kecederaan.

ABANG kepada penyanyi Stacy iaitu Camellus Delleli Anam atau lebih dikenali sebagai Chaq ditidurkan selepas mengalami pendarahan dalam kepala susulan terlibat dalam kemalangan pada Rabu lalu.

Menurut pengurus Stacy iaitu Afeeq, Chad kini menerima rawatan di Hospital Sibu, Sarawak dan selamat menjalani pembedahan pada Sabtu.

Bagaimanapun beberapa organ dalam Chad dikatakan mengalami gangguan disebabkan kesan kemalangan itu dan keadaannya membimbangkan.

51581330533_AliPuteh

Chaq bersama komposer terkenal, Ajai.

"Chaq ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih ada pendarahan.

"Semalam masalah dekat jantung turun naik sebab hati dan limpa dia ada terluka. Tekanan darah dan jantung Chaq dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan," katanya.

Dalam pada itu, Stacy berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti dia kala.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman derita kemurungan beri Stacy idea hasilkan ‘Teriak’, mahu beri kesedaran melalui lagu

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet couple! Peminat suka tengok Akim Ahmad dan Stacy... “Saya sentiasa ingatkan diri bapa anak tiga”

Malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Pelangi Senja itu mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan abangnya.

"Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya Allah mesti dia boleh," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain