PELAKON Uqasha Senrose meluahkan rasa rindu terhadap suami selepas seminggu aktor Kamal Adli diserang individu tidak dikenali dalam kejadian di Singapura Ahad lepas. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia perlukan suami berada di sisinya apatah lagi dia kini berdepan dugaan hebat dituduh seorang pembuli oleh individu dipercayai rakan sekolahnya. "Saya rindu dia. Siapa nak gembirakan saya? Nak jadi badut untuk gembirakan Qasha (nama panggilan Uqasha). Dengan macam-macam tohmahan, saya perlukan abang," katanya. Uqasha meluahkan perkara itu menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya pada Ahad. Uqasha rindu pada Kamal Adli. Menerusi hantaran sama, Uqashan turut berkongsi beberapa video yang memaparkan dia bersama Kamal sedang bergurau mesra dipercayai sebelum kejadian aktor itu diserang. Dalam pada itu, Uqasha turut memberitahu dia kini perlu memberi perhatian kepada Kamal agar suaminya itu segera pulih daripada kecederaan dialaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Individu buat dakwaan kaki buli mahu berbaik, Uqasha Senrose serah pihak berkuasa siasat tuduhan ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha dedah WhatsApp Kamal Adli terima ugutan bunuh, penyerang bukan orang tak siuman Katanya, buat masa ini dia dan Kamal sedang berjauhan kerana perlu menjalani penggambaran drama namun tidak menjelaskan keberadaan suaminya ketika ini. "Sebelum kejadian, sebelum ke Singapura. Saja nak tuju lagu (lagu Hindustan) ini dekat suami saya. Siapa faham lagu ini fasal isteri dia nak suami dia manjakan dia. "Tapi sekarang saya kena manja dan bagi lebih perhatian untuk dia pulih semangat. Tapi sekarang kami berjauhan. Doakan suami Qasha cepat-cepat pulang ke pangkuan saya," katanya lagi. Imbau kenangan sebelum ke Singapura. Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan. Uqasha pula berada dalam keadaan trauma apabila melihat sendiri Kamal diserang lelaki berkenaan. Susulan kejadian itu, Uqasha sekali lagi berdepan ujian apabila namanya dituduh sebagai pembuli di zaman sekolah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!