suria

Netizen merungut produk biskut mahal, Shuhada guna bahan premium setanding hotel 5 bintang

Shuhada jawab isu produk mahal.

CUBAAN isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil dengan produk jenama Shelup Shelup mendapat kritikan apabila ada segelintir pihak mendakwa ia dijual dengan harga tidak masuk akal.

Ia susulan biskut dengan enam seleksi berlainan perisa bersama sos cicah itu dijual dengan harga RM179 dan ramai menganggap ia terlalu mahal dan tidak mampu untuk membelinya.

Menjelaskan perkara itu, Shuhada, 29, berkata, pihaknya mengenakan caj itu memandangkan bahan-bahan premium digunakan untuk membuat biskut tersebut.

Shuhada berkata, pihaknya tidak menggunakan cokelat sembarangan malah memberitahu sos cicah dihasilkan setanding dengan yang dihidangkan di hotel bertaraf lima bintang.

shuu11 - 1

Shuhada tampil menjelaskan bahan premium yang digunakan.

"Dipping sauce kita bukan cap ayam. Bukan sos pencicah murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu.

"Pertama, saya beri nama Milky Chocolato yang menggunakan jenama coklat terkenal dunia. Semua orang pun kenal.

"Kedua, Bueno Bueno yang ada filling Kinder Bueno Hazelnut White Chocolate dan terakhir, sos karamel ala-ala pencuci mulut di hotel lima bintang," katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada mahu teruskan hidup tanpa dendam, ucap terima kasih kepada Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah minta terus lawan, sentiasa sedia jika Shuhada perlu sokongan

Dalam pada itu, Shuhada turut menegaskan produk jualannya bersesuaian dengan harga kerana boleh dinikmati seisi keluarga.

"Untuk yang baharu tengok Shelup Shelup jangan cepat melompat. Dalam satu kotak ada enam jenis biskut. Bukan enam ketul ya. Memandai je yang komen tu.

"Harga memang bukan untuk makan seorang. Kuantiti dalam pun boleh kongsi satu keluarga. Jadi, ini bungkusan raya yang berbaloi untuk dikongsi satu keluarga," ujarnya.

Terdahulu, selepas rumah tangganya bersama Hafidz mula pincang, Shuhada mengambil keputusan untuk memulakan bisnes bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

shuu2 - 1

Shuhada berniaga demi kelangsungan hidup bersama anak-anak.

Simpati dengan nasib yang menimpa, usahawan Datuk Aliff Syukri turut menawarkan Shuhada untuk menjadi model dan duta bagi produk hijab jenama miliknya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya matai aitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain