PELAKON Song Ji Hyo mendapat pujian netizen selepas video dia melayan peminat Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran ketika kunjungan ke Malaysia pada Sabtu tular di media sosial.Apa lebih membuat peminat kagum, aktres terkenal Korea Selatan ini mampu berinteraksi menggunakan bahasa isyarat dengan baik dengan peminatnya tersebut. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh peminat di aplikasi TikTok, Ji Hyo dilihat cekap menggunakan bahasa isyarat sewaktu sesi bertemu peminat."Song Ji Hyo tahu menggunakan bahasa isyarat sewaktu dia berkomunikasi dengan peminat.Ji Hyo dikatakan antara artis yang pandai melayani peminat."Dia seorang pelakon yang baik hati dan terbaik," tulisnya.Menjengah di ruangan komen, rata-rata memberikan pujian terhadap pelakon itu malah menyifatkan dia bintang terkenal dari Korea Selatan yang tidak sombong dan ramah melayan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: "Bertahun kawan baru tahu dia mahir"... Sahabat baik tak sangka Alif Satar pandai guna bahasa isyaratARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan terima komen buruk, Song Ji Hyo ambil tindakan undang-undang"Ini sangat luar biasa kerana bukan semua orang boleh berbahasa isyarat. Ji Hyo adalah insan yang istimewa."Sumpah dia yang terpaling best dalam pertemuan peminat setakat ini. Tak ada yang boleh lawan dia. Sangat baik melayani semua peminat.Penampilan ringkas Ji Hyo turut mendapat perhatian ramai."Adakah semua peminat memanggil Ji Hyo sebagai bidadari? Dia sangat baik dan sweet," tulis netizen.Pada 17 Mac lalu, Ji Hyo selaku duta jenama Glutanex telah menghadiri acara Watson K-Beauty Festa yang diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur.Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon itu turut memuat naik foto berada di depan Pavilion Kuala Lumpur dan penampilannya sekali lagi dipuji peminat kerana hanya memakai selipar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!