suria

Emma Maembong bakal timang anak lelaki lagi, tapi Chacha pula terlebih ‘excited’ sampai bergegar video

Suami Emma Maembong teruja bakal sambut anak lelaki lagi.

SELEPAS berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Emma Maembong mengadakan majlis pengumuman jantina atau gender reveal bayi dalam kandungannya pada malam Selasa.

Menerusi perkongsian yang di muat naik di Instagram, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 31, memaklumkan bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki.

Emma bakal timang anak lelaki lagi.

Sebelum itu, Emma dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar memecahkan belon berwarna hitam dan kemudiannya memaparkan jantina kepada bayi yang dikandung aktres berkenaan.

Bagaimanapun video tersebut dirakam dalam keadaan kelam kabut dan huru hara kerana adik Emma iaitu Chacha Maembong merakamnya dalam keadaan terlalu teruja bakal menyambut anak buah lelaki yang baharu.

"Pengajaran untuk diri sendiri jangan percaya adik sendiri untuk ambil video," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Prank suami buat reviu produk, rupanya Emma Maembong selit kit ujian hamil... Bakal timang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen tegur tayang ‘baby bump’ sebahagian aurat, Emma Maembong ambil jalan berdiam diri - “Tak ada guna pun nak lawan”

Majlis pengumuman jantina itu turut dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan berkenaan.

Pada awal Februari lalu, Emma memberi kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.

Untuk rekod, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain